Isnin, 15 Ogos 2011

Alamak...dah masok fasa ke 2..macam mana ea?

"Hari ni jer dah terlepas beberapa amalan.Dah masuk fasa ke 2.Kenapa hati masih tak berubah-ubah?"

"Malunya diri ini...sekejap buat semua rutin amalan,sekejap tertinggal..dah masuk fasa ke 2 ni,aku masih tak istiqamah(tetap) hati melaksanakan amalan.Macam mana ni?



Begitulah antara LUAHAN HATI orang yang sentiasa mahukan hari ini lebih baik dari hari sebelum-sebelumnya.Alhamdulillah..berbahagialah orang-orang sebegini.Kerana sesungguhnya,Allah sedang menjaga mereka.Allah sedang mendidik hati dan fikiran mereka.Allah sedang menguji iman mereka..Oleh itu,jangan pernah berputus asa.Kerana iman itu seperti roda.Sekejap berada diatas(penoh keimanan) dan sekejap berada dibawah(iman berkurang).


Jadi adakah IMAN Bertambah atau Berkurang?



Awwahah teringat akan kata-kata seorang Murrabi(guru) sewaktu di sekolah menengah.
Katanya: "Iman MANUSIA ni,ada naik dan turun.Iman MALAIKAT,tidak naik dan tidak turun.Manakala,iman NABI naik dan tiada turun"

Pesanan ini,Awwahah sampaikan kepada sahabat-sahabat semua supaya kita jangan mudah putus asa.InsyaAllah..





Hubungkait TAQWA dengan IMAN 

Baru-baru ini,Awwahah ada mendengar pengisian ilmu di Radio Ikim.fm yang mana membincangkan tentang TAQWA.Akan tetapi,Awwahah tak dapat kenalpasti tajuk perbincangannya,dan sempat Awwahah merakam soalan dari salah seorang pendengar.

Soalan : "Ada seorang sahabat yang pernah BERZINA dan berTAUBAT.Namun,dia masih tak boleh menerima keberadaan suaminya.Cumanya,dia tetap melaksanakan rutin seorang suri rumah.Apakah TAUBATnya di terima?"
Ustaz : Tahniah kepada insan berkenaan,kerana kembali bertaubat kepada Allah.Terima atau tidak itu kerja Allah.Kita sebagai manusia,tidak mampu untuk menentukan sama ada diterima atau tidak taubat kita itu.Akan tetapi,kita boleh melihat penerimaan itu melalui sikap si pesalah.Sekiranya sikap si pesalah itu berubah kepada yang lebih baik,bermakna,taubatnya diterima.Begitulah sebaliknya.Taubat itu,bermakna seseorang itu insaf sebenar-benar insaf dan bertekad untuk tidak mengulang kembali dosanya.Maka,haruslah kita pastikan bagaimana tahap taubat kita.Jangan kita hanya mengungkap kata TAUBAT,tetapi tiada usaha untuk berTAUBAT.Berusahalah untuk peroleh TAUBAT NASUHA(sebenar-benar taubat) untuk diterima Allah,terampun dosa-dosa yang lalu dan peroleh keTAQWAan.

Begitulah langkah yang perlu diambil untuk kita peroleh keTAQWAan.

Seorang Ustaz yang mengajar di masjid berdekatan rumah Awwahah ada menyimpulkan FORMULA untuk peroleh TAQWA.Katanya : "Untuk peroleh KEJAYAAN,perlu mendapat IZIN Allah,Untuk mendapat IZIN Allah,kita perlu TAQWA kepada Allah,untuk perolehi TAQWA,mesti meNINGGALkan LARANGAN Allah dan meLAKSANAkan apa yang diPERINTAH Allah."

Apa itu IMAN? IMAN ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.
Apabila seseorang itu berIMAN kepada Allah,bermakna dia akan membenarkan didalam hatinya dengan mempercayai akan Tauhid Uluhiyyah(keesaan),Tauhid Rububiyyah(kekuasaan) dan Sifat-sifat dan Nama-nama Allah.Dia juga akan mengakui dengan lidah iaitu mengucap 2 kalimah syahadah dan meninggalkan apa yang dilarang dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Ya,apabila kita berIMAN kepada Allah,pasti,kita akan sukarela,bahagia,bersenang hati untuk melakukan FORMULA diatas.

Jawapan kepada Hati yang Tak Istiqamah(tetap)

Maka,perlu kepada setiap orang,Awwahah dan sahabat pembaca sekalian,berusaha untuk menjaga IMAN agar peroleh TAQWA dalam menggapai hati yang Istiqamah(tetap) di jalan Allah.Maka,jangan berputus asa,jangan berduka cita,kerana setiap ujian yang ditimpa kepada kita,menentukan keberadaan IMAN kita dalam roda kehidupan ini.

BerUSAHA untuk peroleh IMAN dan TAQWA

Mari kita recrut hati ini selagi masih berada dalam bulan Ramadhan ini.Jangan terus mengalah dan menyerah.Allah menguji kita diatas kemampuan kita untuk memperlihatkan USAHA kita memperoleh TAQWA kepadaNya.Kerana Allah akan menilai usaha kita itu walaupun sekecil zarah.

So,see the result after Ramadhan.

p/s : Selamat beramal dan semoga istiqamah dijalanNya.

Khamis, 11 Ogos 2011

Zakat tautan kasih sayang dan Pengikat amalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk sahabat-sahabat pembaca sekalian.InsyaAllah, hari ini..Awwahah terbawa untuk memperlihatkan kepada sahabat-sahabat sekalian tentang satu gambar yang amat menyentuh  hati Awwahah.





Gambar ini,Awwahah ambil dari FB seorang sahabat.Alhamdulillah beliau perihatin tentang keadaan saudara-saudara kita ini.Tahniah diucapkan buat dirinya. ^^,

Dalam gambar ini,kita boleh lihat,sebilangan besar saudara kita bertubuh sihat kerana cukup makan.Malah berlebihan pemakanannya.Dan sebilangan kecil(satu sebenarnya..hihihi) seakan-akan tidak pernah makan.Atau kata lain,tidak cukup makan.Kurang zat makanan dalam dirinya..Kekurangan ini yang menjejaskan struktur badan dan kondisi kesihatan seseorang insan..Seperti saudara kita diatas.Kesihan Awwahah melihatnya.

Di Malaysia,pernah  tak kita jumpa saudara kita sebegini?..tidak kan?..Betul..jarang sekali untuk kita melihat keadaan saudara kita sebegini.Tapi,lepas tengok gambar ini,Awwahah sangat-sangat terharu atas segala nikmat makanan dan kesihatan yang Allah karuniakan ini.Alhamdulillah..Ya Allah,manakan kita mampu hadapi ujian ini..Betul tak?Subhanallah..

Sahabat,apa yang dapat dirasai semasa kita berpuasa.?Seharian tak makan,tak minum..kita menahan lapar dan dahaga.Rasa-rasanya,kita merasai  tak kelaparan dan kehausan saudara kita ini?..sudah tentu jawapannya YA..Tapi,itu sikit sahaja.Malahan,sekejap sahaja merasai lapar..tak sampai 24jam pon.tak jadi kurus macam saudara kita tu kan?..tak sampai kekurangan zat pun kan?..Malah,berpuasa adalah satu proses pembersihan usus yang mana,doktor-doktor amat menggalakkan aktiviti berpuasa untuk menyihatkan usus kita.Jadi,tiada alasan untuk sahabat-sahabat yang ber'penyakit' gastrik untuk tidak berpuasa.Kerana puasa akan membantu meneutralkan semula proses usus yang dialami pesakit gastrik.

Ok,itu yang pertama,tentang pesakit gastrik.Yang kedua.kita pergi kepada keprihatinan seorang saudara,kepada saudaranya yang lain.Maksudnya,bagaimana keprihatinan kita terhadap saudara kita yang kekurangan sumber makanan seperti di negara Afrika dan sebagainya..

Sabda Nabi Salallahu 'alaihi Wasalam yang bermaksud
Sesungguhnya tidak sempurna Iman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri(Riwayat Bukhari)

Maka,tunjukkanlah kasih kita pada saudara kita ini dengan memberi.Sedikit pemberian itu sangat berharga.Dan Allah menilai setiap amalan kita walaupun sekecil zarah.Bertepatan dengan pepatah Arab "memberi itu lebih baik daripada menerima".

Janganlah kita hanya berbahagia dengan penerimaan nikmat kemampuan ini dan tak berkemahuan untuk memberi.

Allah telah memerintahkan kepada setiap hambanya yang mampu untuk menginfakkan atau menyedekahkan hartanya kepada orang yang miskin,yatim dan memerlukan.Barangsiapa melaksanakannya,maka Allah memberi ganjaran pahala dan syurga untuknya.Barangsiapa tidak menyedekahkan hartanya,maka dia adalah orang yang BAKHIL dan siksaan Allah tersedia untuknya.
Maka rugilah sahabat kita yang yang BAKHIL itu.

Percayalah bahawasanya,rezeki itu datangnya dari Allah,apa yang kita usahakan dan apa kita kerjakan untuk peroleh rezeki itu,telah ditetapkan oleh Allah dalam Luh Mahfuznya.Dan sesungguhnya dalam rezeki kita itu,terselitnya rezeki orang lain.Bagaimana yang dikatakan terselit rezeki orang lain?Ok,Awwahah datangkan contoh.
Seorang peniaga,berniaga dan hasil niaganya adalah rezekinya.Dari rezekinya itu,dia perlu membayar upah pekerja yang bekerja dibawah perniagaannya.Maka,itu adalah rezeki pekerjanya.


Kesimpulannya,dalam rezeki kita ini adanya rezeki orang lain.Kerana itu,Allah mewajibkan kepada kita untuk menunaikan ZAKAT sebagai alternatif menyucikan harta/rezeki kita ini daripada rezeki-rezeki orang lain.Yakinlah bahawa Allah telah menentukan rezeki setiap hambanya.


سبح اسم ربك الأعلى (1) الذي خلق فسوى (2) والذي قدر فهدى (3) (3-1: Al-A'la)
maksudnya: Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi(1) yang menciptakan dan menyempurnakan(penciptaanNya)(2) dan yang menentukan qadar (masing-masing) dan memberi petunjuk(3)


Kelebihan Memberi..(^_^) 
dan Allah tidak akan memutuskan rezeki kita ini walaupun telah menginfakkan sebahagian harta kita kerana Allah.InsyaAllah dengan menginfakkan sedikit harta kita,akan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.Oleh itu,jadikan  lah ZAKAT dan sedekah itu sebagai wasilah(cara) kita menunjukkan kasih kita kepada saudara kita yang tidakk berkemampuan.

Jadi,mulakan langkah kita memberi melalui amalan ZAKAT.Maka,kewajipan berZAKAT itu amat lah bersesuaian dengan konsep memberi lebih baik dari menerima..kekunci untuk memberi yang membawa kita kesyurga sana ialah IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH..Allah berfirman dalam surah (Al-Insan: 9-22)..Allah akan menyediakan kepada hambanya yang memberi kerana takutkan Allah ialah Syurga yang penoh nikmat didalamnya.Subhanallah..

Sesungguhnya,Allah amat murka kepada sahabat yang BAKHIL itu.Sepertimana kisah QARUN dan hartanya.Na'uzubillahi Min Zalik(Jauhkanlah kami daripada kebakhilan itu).





p/s:.Selamat berkasih-sayang dan selamat beramal...

Isnin, 8 Ogos 2011

Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha ini dilakukan pada waktu dhuha,iaitu... dari naiknya matahari pada pukul 7.30 sehingga jam12 tengah hari.

Solat sunat Dhuha ini dilakukan dalam 2 rokaat,4 rokaat dan boleh juga 8 rokaat..penting untuk Awwahah ingatkan,walaupun sedikit,pastikan kita Istiqamah..InsyaAllah(untuk diri ini juga,amin...)

Pada waktu ini,sebaiknya kita laksanakan solat Dhuha atau nama lainnya,solat sunat Awwabin.Solat Dhuha,adalah solat sunat yang juga dikenali solat untuk minta rezeki.Ini kerana doa khususnya juga bermaksud untuk meminta rezeki..hehehe..Pada sesiapa yang berusaha untuk mengekalkan pelaksanaan solat ini,InsyaAllah rezekinya melimpah dan Allah akan jaga.Maka,yakinlah pada Allah.(^^,)..

Niat solat Dhuha,pasti semua dah tahu.Tapi,Awwahah tetap nak tulis juga..hehe أصلى سنة الضحى ركعتين لله تعالى
maksudnya : sahaja aku solat sunat Dhuha dua rokaat kerana Allah Ta'ala.



Doa Khusus : 
اللهم إن الضحىء، ضحىءك والبهاء،بهاءك والجمال،جمالك والقوة، قوتك والقدرة،قدرتك والعصمة،عصمتك.
اللهم إن كان رزقي في السماء،فأنزله وإن كان في الأرض،فأخرجه وإن كان معسرا،فيسره وإن كان حراما،فطهره وإن كان بعيدا،فقربه.
maksudnya : Ya Allah,sesungguhnya waktu Dhuha itu,waktu DhuhaMu,kecantikannya adalah kecantikanMu,keindahannya itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah,jika rezekiku masih dilangit,turunkanlah da jika di dalam bimu,keluarkanlah,jika sukar,permudahkanlah,jika haram,sucikanlah dan jika jauh,dekatkanlah.

Bertepatan hadith Nabi Muhamad Salallahu 'alaihi Wasalam yang telah diriwayatkan oleh sahabat Baginda Abu Hurairah katanya yang bermaksud :
"Kekasihku Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalm telah berwasiat kepada ku 3 perkara aku tidak meninggalkannya iaitu : 
1)supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir dan 
2)supaya aku tidak meninggalkan 2 rokaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat Awwabin dan 3)berpuasa 3 hari daripada tiap-tipa bulan."(Riwayat Al-Bukhori dan Muslim)

Maka,jomlah kita sama-sama merebut peluang Dhuha ini..InsyaAllah,janji Allah itu pasti..mulakan rehat dipagi hari mu dengan melaksanakan solat Dhuha.Pasti kamu akan bahagia dengan kesannya itu.Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang,Maha Kaya dan Maha Pemurah...^^,