Ahad, 22 Julai 2012
Jumaat, 13 Julai 2012
Indahnya RAMADHAN
Assalamualaikum dan selamat petang sahabat Awwahah sekalian..^_^
Apa khabar hati? iman? dan badan?..Awwahah doa kan semoga sahabat-sahabat semua dalam keadaan baik dan semakin meningkat kebaikannya insyaAllah..amin
Entry kali ni,Awwahah suka untuk kongsikan rasa hati dan mengadu raga kepada sahabat-sahabat semua tentang rindu dan perasaan tak sabar Awwahah untuk berjumpa bulan Ramadhan.heee..insyaAllah bukan sahaja rindu dan tak sabar,malah terlalu berangan untuk melakukan sebanyak mungkin aktiviti dalam bulan Ramadhan nanti..ha..itu baru luahan sikit je..belom seluruhnya lagi.hee..^^,
Pasti sahabat juga merasai yang perasaan yang sama..tak mengapalah kan kiranya Awwahah kongsi sekali.=)
8 hari lagi..Demam Ramadhan semakin terasa..sangat merinduinya.hee
Bagaimana persiapan diri kita?..bagi sahabat muslimat,dah habis ganti puasa?..bagi sahabat muslimin,bagaimana cita-cita untuk menjadi imam tarawih nanti?..
"Ya Allah,..sampaikan lah kami kepada bulan Ramadhan"
Alhamdulillah, kali ini Awwahah nak kongsikan kepada sahabat pembaca semua akan kelebihan dan ganjaran yang bakal kita peroleh pada bulan Ramadhan ini..yang mana,semua umat Islam berusaha untuk merebutnya saat Ramadhan tiba.Jadi,jangan lepaskan peluang..(^^,)V
KELEBIHAN dan GANJARAN RAMADHAN :
Sabtu, 7 Julai 2012
Tuhanku..
Assalamualaikum dan selamat membaca wahai sahabat Awwahah sekalian..setelah sekian lama menyepi..kini Awwahah kembali, untuk sama-sama kita manfaatkan laman perbincangan dan perkongsian ini untuk kita manfaatkan sebagai alternatif mengenal diri kita.
Panjang pula muqaddimahnya.hehehe..baiklah,suka Awwahah untuk menarik minat sahabat semua untuk kita sama-sama muhasabah diri kita setelah berhari-hari melalui desakan hidup yang diuntai tuntutan dan tanggungjawab..
Hari ini,Awwahah ada menemukan bait-bait manis puisi indah yang merintihkan qalbu buat pembacanya.Oleh yang demikian,Awwahah ingin kongsikan nya di blog Awwahah ini,agar dapat kita sama-sama hayatinya dengan diiringi instrument syahdu..
Marilah sama-sama kita hayati..
Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….
Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..
Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…
Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam
Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…
Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…
p/s:tahniah kpd writer puisi ini..semoga Allah menambah pahalamu diatas usahamu ini..amin..~
Khamis, 5 Julai 2012
Ulangkaji..^^,
Assalamualaikum sahabat seIslam Awwahah semua..untuk kali ini..mari kita sama-sama murajaah atau kata nama lainnya, ulangkaji perkara-perkara yang perlu dititikberatkan ketika dalam bulan Puasa, Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi..
Jom sama-sama kita ulangkaji sekilas pandang melalui foto di bawah ni..
p/s:semoga dapat membantu ingatan kita bersama..^_^V
Malam Nisfu Sya'ban (15 Sya'ban 1433)
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad) :
“Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.” Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.
Keistimewaan malam Nisfu Syaaban?
Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama yaitu buku tahun lepas)
Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”
Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….
“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“
Bulan Sya’ban merupakan bulan kedua selepas Rajab yang penuh dengan keberkahan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rajab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Sya’ban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Peristiwa Penting Pada bulan Syaaban ,
1. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
2. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Erti Sya'ban dan Fadhilatnya ,
Arti Sya’ban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengabadikan nama itu hingga sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Sya’ban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Sya’ban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
P/s:sedikit perkongsian Awwahah yang telah dikongsi oleh sahabat Awwahah..sedikit ilmu yg cukup bermanfaat untuk dikongsi ^_^
Sabtu, 31 Disember 2011
Rabu, 26 Oktober 2011
Selasa, 25 Oktober 2011
3 Asas Kebahagiaan Rumah Tangga
INFO FIQH RUMAH TANGGA
Diterang oleh kak FATIMAH SYARHA MOHD NORDIN dari huraian Imam Al-Ghazali
"Sesebuah rumah tangga dibina atas tiga struktur asas: iaitu "al-sakinah" (ketenangan),"al-mawaddah" (kemesraan) dan "al-tarahum" (timbang rasa)"-Imam Al-Ghazali
"Al-sakinah" (ketenangan)
Hendaklah suami isteri dalam ketenangan dan berpuas hati dengan pasangannya.Tanpa terdetik untuk mencari yang lain.
Malahan,keistimewaan/hak bagi si isteri untuk tidak diduakan oleh si suaminya.
"Al-mawaddah" (kemesraan)
Melalui suka,duka..bahagia dan derita bersama.
"Al-tarahum"/"Ar-rahmah" (timbang rasa)
Saling hormat-menghormati,faham-memahami antara pasangan dan sama-sama mensyukuri nikmat yang diperolehi.
Sebuah ruma tangga yang berjaya didirikan di atas 3 struktur ini adalah keluarga yang paling bahagia.Malahan,memiliki 3 struktur asas ini menjadi benteng dalam mengharungi ujian dan cabaran hidup.
Hubungan suami isteri dibentuk melalui suatu 'kontrak' atau ikatan,yang sama-sama mempunyai hak dan tanggungjawab sebagai tindak balasnya.
Selayaknya,tanggungjawab yang disempurnakan perlu dibayar melalui bentuk hak yang dinikmati.
Kata lain,suami dan isteri mempunyai hak untuk memberi dan menerima.Tiada hak yang diambil dengan percuma tanpa tanggungjawab yang diberi.
"Al-sakinah" (ketenangan)
Hendaklah suami isteri dalam ketenangan dan berpuas hati dengan pasangannya.Tanpa terdetik untuk mencari yang lain.
Malahan,keistimewaan/hak bagi si isteri untuk tidak diduakan oleh si suaminya.
"Al-mawaddah" (kemesraan)
Melalui suka,duka..bahagia dan derita bersama.
"Al-tarahum"/"Ar-rahmah" (timbang rasa)
Saling hormat-menghormati,faham-memahami antara pasangan dan sama-sama mensyukuri nikmat yang diperolehi.
Sebuah ruma tangga yang berjaya didirikan di atas 3 struktur ini adalah keluarga yang paling bahagia.Malahan,memiliki 3 struktur asas ini menjadi benteng dalam mengharungi ujian dan cabaran hidup.
Hubungan suami isteri dibentuk melalui suatu 'kontrak' atau ikatan,yang sama-sama mempunyai hak dan tanggungjawab sebagai tindak balasnya.
Selayaknya,tanggungjawab yang disempurnakan perlu dibayar melalui bentuk hak yang dinikmati.Kata lain,suami dan isteri mempunyai hak untuk memberi dan menerima.Tiada hak yang diambil dengan percuma tanpa tanggungjawab yang diberi.
Isnin, 24 Oktober 2011
Ya Hannan
Denai hijau,langit biru,gunung kelabu..
Bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan
Yang menyuratkan sebuah keindahan
Tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
Cermin alam yang memantulkan keindahan Tuhan
Denai,langit dan gunung
Adalah satu cubitan kasih pd satu kealpaan
Pd limpahan nikmat selaut indah
Ke mana tumpahnya munajat seraut sembah?
Sekian lama melihat alam penoh teratur
Mengapa hatiku masih lupa utk bersyukur?
Denai,langit dan gunung
Adalah pantulan lambang biasan tamsilan
Gunung..bagai pasak teguh kemurniaan iman
Langit..hamparan saujana kelapangan Islam
Denai..lembah subur kelembutan ihsan
Adalah citra di kanvas hati yang dihiasi
Rasa kehambaan..(-._-.)
Ketika sunyi diri berwacana di dlm diri
Ya Hannan,teguhkanlah imanku
Seteguh gunung itu...
Ya Mannan,lapangkanlah Islamku
Selapang langit biru
Dan lembutkanlah ihsanku
Selembut rumput didenai itu
Nescaya bertemulah diri ini di kamar hati yang hakiki
cinta Illahi.
Ya Allah,
Tika gagah-Mu bercermin alam sepenuh
Terasa lemahku mencengkam diri seluruh
Dalam kolam hatiku tak kan selamanya keruh
InsyaALLAH!!
Allahu AKbar...(-._-.)"
Denai hijau,langit biru,gunung kelabu..
Bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan
Yang menyuratkan sebuah keindahan
Tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
Cermin alam yang memantulkan keindahan Tuhan
Denai,langit dan gunung
Adalah satu cubitan kasih pd satu kealpaan
Pd limpahan nikmat selaut indah
Ke mana tumpahnya munajat seraut sembah?
Sekian lama melihat alam penoh teratur
Mengapa hatiku masih lupa utk bersyukur?
Denai,langit dan gunung
Adalah pantulan lambang biasan tamsilan
Gunung..bagai pasak teguh kemurniaan iman
Langit..hamparan saujana kelapangan Islam
Denai..lembah subur kelembutan ihsan
Adalah citra di kanvas hati yang dihiasi
Rasa kehambaan..(-._-.)
Ketika sunyi diri berwacana di dlm diri
Ya Hannan,teguhkanlah imanku
Seteguh gunung itu...
Ya Mannan,lapangkanlah Islamku
Selapang langit biru
Dan lembutkanlah ihsanku
Selembut rumput didenai itu
Nescaya bertemulah diri ini di kamar hati yang hakiki
cinta Illahi.
Ya Allah,
Tika gagah-Mu bercermin alam sepenuh
Terasa lemahku mencengkam diri seluruh
Dalam kolam hatiku tak kan selamanya keruh
InsyaALLAH!!
Allahu AKbar...(-._-.)"
Sabtu, 22 Oktober 2011
Jumaat, 14 Oktober 2011
Marilah perbaiki pandangan kita tentang HUDUD
Maka bermula lah isu HUDUD diketengah dlm setiap perbincangan,tak kira taraf seseorg itu,isu HUDUD pasti tidak ditinggalkan dalam perbualan mereka.HUDUD hukum Allah
Untuk awalnya,Awwahah suka mengingatkan bahwa,hukum HUDUD itu adalah hukum yang tertulis didalam al-Quran.yang mana stiap hukum di terangkan dalam hadith-hadith nabi Muhammad Salallahu 'alaihi Wasalam.Bagi pelajar FIQH,hukum HUDUD ini juga dikenali sebagai hukum SYARAK.
Hukum HUDUD yang disusun sendiri oleh Allah,bukan hanya melingkup dalam kalangan orang Islam sahaja,malah hukum ini untuk semua manusia tanpa mengenal agama dan kefahaman.
Kejahilan menjadi pintu kegelapan
Sekiranya perbincangan tentangg HUDUD itu untuk memartabatknnya,maka Awwahah suka sekiranya kita duduk berdiskusi agar hukum ini dilaksanakan..
Namun,sekiranya hanya utk menemplak dan menghina hukum HUDUD,maka beringatlah...
Kejahilan seseorg itu lebih terserlah daripada tutur katanya..
Boleh jaminkah,merendahkan hukum Allah itu adalah selayaknya wahai org yang menentang??
HUDUD bukanlah sesuatu hukuman yg kejam dan zalim terhadap seorang pesalah itu,akan tetapi,hukum itu lebih kepada keadilan dan ketenteraman masyarakat sekelilingnya..
Saya datangkan contoh dalam kes mencuri:
Siapa kata potong tangan bg sipencuri tidak wajar?..kerana pasti sipencuri akan kembali mencuri setelah dipotong tangannya?saya petik dr komen Dr Masyitah...maaf ye,sangat jelas kedudukan ilmu seseorg itu boleh dinilai dari tutur katanya.
Untuk menghukum juga perlu kepada siasatan,apabila sampai tahap perlu pemotongan,maka perlu dikaji lagi,apakah jenis curiannya,dan banyak lagi kajian..tidak semudahnya HUDUD itu untuk menghukum tanpa pemenuhan syarat yang munasabah.
Sebilangan manusia yg bukan beragama Islam juga turut mengkaji apa itu HUDUD.Malah,mereka menyokongnya.Sehubungan itu,mana letaknya kedudukan seseorang umat Islam itu sekiranya,kita jauh dari pengetahuan tentang HUDUD..maaf ye,saya tak suka orang berdebat sesuatu,dan die tak tahu apa-apa langsung tentang isu yang didebatkan.
Objektif hukum HUDUD adalah untuk:
1-mengajar si pesalah.
2-menjadikan iktibar kepada masyarakat sekeliling dari melakukan kesalahan tersebut.
3-meletakkn ketenteraman dlm diri sipesalah,masyarakat dan negara itu sendiri.
Terima kasih bg yang sudi membaca..setiap patah kata diatas adalah pandangan saya,dan saya akan bertanggujwb untuk setiapnya...
(^_^)
Khamis, 15 September 2011
♥ TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS ♥
Semenjak dua menjak ini,ramai juga sahabat Awwahah yang telah mengikat diri mereka dengan ikatan halal antara lelaki dan perempuan iaitu PERKAHWINAN...termasok baru-baru ini,Awwahah juga telah menghadiri walimah lecture Awwahah...
Barakallahu lakum wa baraka 'alaikum wa jama'a bainakum bilkhoir..(^_^)
♥ TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS ♥
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸. ALLAH..
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸. ALLAH..
Bila mata bertemu mata,bermulalah cinta pandang pertama..
Bila hati bertemu hati,mula lah cinta bersemi..
TAPI,..bila dahi bertemu sejadah..itulah CINTA ABADI..
Orang yang mencintai Pencipta,pasti akan mendapat cinta orang yang mencintai Penciptanya juga.
Selasa, 13 September 2011
Allahu Akbar!!!
Hari ini,..saya merancang untuk keluar berjalan bersama adik dan Kak Nina untuk menyelesaikan hutang janji pada mereka yang dah semakin membasi dan menjerut dihati..Maka,hari ini..janji-janji itu akan saya lunaskan.
Sebelum keluar,pastikan diri,kenderaan dalam keadaan baik dan sihat..
Ok,pertama!.....
Basuh BOY FRIEND(kereta).........
SIAP!
Then!....
Pemeriksaan asas pada BOY FRIEND(kereta)..............
minyak OK!....
air OK!
Setelah bermandi peluh menyuci,masa untuk rehat dan bersarapan.......(^_^)
*******************
Tit..tit...(bunyi message)
"Yunk!jadi tak keluar petang ni?"
Saya terus mereply.."Jd,adik saya on the way balik sekolah."
Bingkas saya bangun mempersiapkan diri setelah bermalasan menanti waktu.
*******************
"Ok Nurul,baca doa naik kenderaan"
Kak Nina menambah,"Ha'a..kak Nina nak dengar Nurul baca doa"
Alhamdulillah perjalanan lancar...walaupun 2,3 kali berhenti di bahu jalan dek kerana tersesat.
*******************
"Ok,dah beli tedy bear,dah beli buku,...dah boleh balik"
"Mm!..."jawapan pendek dari kak Nina sambil dianggukkan sedikit kepala tanda bersetuju.
Hampir 3 jam kami berlegaran di PKNS Bangi,..akhirnya,kami buat keputusan untuk meninggalkan bangunan ini dengan rasa puas dan gembira kerana tujuan dapat dicapai walaupun tak semua barang dapat dibeli seperti yang dirancang.
*******************
"Hahahahha"........hilaian tawa saya dan kak Nina yang memecah kesunyian kereta dek kerana cerita lucu yang dikongsikan.
Kegembiraan begitu dirasai apabila dapat keluar berjalan mengambil angin baru setelah lama terperuk dengan masalah yang menghimpit didada.
Namun..........
kegembiraan itu tak lama..........
Allah datangkan lagi ujian.....
Bagi memperingati diri.....
Kereta semakin laju meluncur jalan dek kerana risau maghrib menjengah.
Di Traffic Light....mata saya terus-menerus menjeling meter kelajuan kereta di dashboard.Bacaannya 100k/j
Di Traffic Light....mata saya terus-menerus menjeling meter kelajuan kereta di dashboard.Bacaannya 100k/j
"Hmm..hijau lagi"omel hati..
Tanpa disangka...KUNING!!??
"Allahu Akbar!!!!"getur saya dalam hati...tanpa berfikir panjang,kaki pantas freekan gear dan menekan brek sekuat tenaga........
EEEEAAAAAAKKKKKK!!!!!
Bunyi tayar kereta tersungkur mencium tar disambut asap yang berkepul dek kerana haba yang terhasil.
"Cepat tekan lampu kecemasan!"arah kak Nina.
Kereta selamat berhenti walaupun stereng terlepas kawalan untuk seketika waktu.
"Alhamdulillah..kita selamat,tak ada yang cedera."luah kak Nina.
"kereta boleh jalan?"tambah kak Nina kerisauan.
"Boleh.."
Allahu Akbar...hati langsung tiada kata.Tersingkap sejarah lama...Persoalan menerjah di benak.
"Kenapa tak ambil pengajaran?"
"Tak kan sejarah nak diulang?"
"Kau impikan mati dijalan raya atau mati syahid kerana Allah?"
Kepala terus berlegar dengan persoalan yang tiada jawapan...
*********************
tit..tit (bunyi message)
"Dah sujud syukur yunk??:-) terima kasih bawa pergi jalan"
"Kemana pergi perasaan SYUKUR?.."
"Allahu Akbar!..kenapa tiada tangisan syukur?...kenapa?..."akhirnya,..mata ini bergenang mengenang dosa..
********************
p/s:perjalanan yang penoh 'ibroh(pengajaran) dan menambah hibroh(pengalaman).
1)Tolonglah berhati-hati di jalan raya,ingatlah orang yang tersayang.Paling tidak pon,kasih lah pada nyawa sendiri.Hidup ini sekali..diakhirat sana yang selamanya.Cukup berbaktikah kita kepada ibu dan ayah?Cukup amalankah yang hendah dilaporkan kepada Allah diakhirat kelak?
2)Orang Islam itu,tidak akan terjatuh pada lubang yang sama 2 kali..Jadikanlah esok lebih baik dari hari ini.
Selamat bermuhasabah~
Isnin, 12 September 2011
علوم الحديث (STAM) I
Imbasan secara ringkas mengenai علوم الحديث diperingkat STAM
Pengertian الحديث itu sendiri ialah = Sandaran kepada UCAPAN, PERBUATAN, SIFAT, dan TAQRIR(persetujuan) Nabi Muhammad Salallahu 'alaihi Wasalam.
Antara Mustholahat Hadith(Istilah-istilah Hadith) ialah:
السند =
Orang yang meriwayatkan Hadith
الإسناد =
Penceritaan orang yang meriwayatkan Hadith
المتن =
Lafaz Hadith
المسنَد =
Apa yang menghubungkan antara orang-orang yang meriwayatkan Hadith
المسنِد =
Orang yang meriwayatkan Hadith dengan penceritaan periwayatan Hadith
المخرّج =
Orang yang menyebut periwayatan Hadith.(cth: Imam Bukhari)
المخرج =
Orang yang meriwayatkan Hadith secara رواية (lafaz Hadith sahaja) dan دراية (pemahaman mengenai Hadith)
bersambung...
Khamis, 8 September 2011
Ya Allah..Kerasnya Hati Dia.......
Daripada Ibn Umar,Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam bersabda:"Jangan terlalu banyak bicara selain menyebut nama Allah.Sebab mereka yang banyak bicara selain menyebut nama Allah akan meNGERASkan HATI.Sesungguhnya manusia yang paling jauh dari daripada Allah ialah pemilik HATI yang KERAS"(Riwayat At-Tarmizi)
(Di Tikar Makan)
Setelah selesai makan,masing-masing bersurai menyambung urusan mereka.Tinggallah Mak Cik Ani,Kakak(anak sulung Mak Cik Ani) dan ibu Solehah masih merehatkan kaki dan berbual perihal keluarga.
Mak Cik Ani : Kak,tolong simpan lauk-lauk ni kat atas meja.
Kakak : Ok..(itulah trademarknya apabila diperintah)
Mak Cik Ani : Tudungkan sekali..(dan meneruskan bualannya.)
Datang Solehah ke tikar sambil berkedudukan mencangkong.Tangannya pantas mengambil gelas dihadapannya untuk dituangkan air dari jag yang masih sejuk dek kerana dahaga yang dirasai tanpa mengendahkan pandangan hairan Mak Cik Ani.
Mak Cik Ani : Ya Allah..Solehah,cuba duduk elok-elok.Tak manis anak dara duduk macam tu.
Solehah : ...(air ditangan terus ditegukkan tanpa mengubah kedudukannya menandakan hatinya yang tak suka diteguri.)
Mak Cik Ani : Nanti orang kata tino gaghek.
Dek kerana panas hati dengan teguran Mak Cik Ani,Solehah berlalu sambil dikuatkan hentakan kakinya.
********************
(Di Dapur)
Sewaktu Kakak sedang menyuci pinggan.Tiba-tiba Mak Cik Ani datang dan menyuit lengan anak gadisnya itu.
Kakak : Eh(reaksi yang sedikit terkejut),ibu...Kenapa?(meneruskan basuhannya)
Mak Cik Ani : Geramnya ibu.....!(menunjukkan reaksi mukanya yang sangat marah)
Kakak : Sabarlah..(memahami luahan hati ibunya dek kerana tingkah Solehah yang KERAS HATI apabila ditegur)
Mak Cik Ani : Kenapa ibu marah sangat ni ha? Ibu tak pernah rasa geram macam ni kat kamo semua macam ibu geram kat Solehah ni.
Kakak : Sabarlah ya...Ibu dah buat yang betul.Ibu pun dah tegur dia banyak kali kan.Dia tu ja yang tak nak dengar.Sabar lah.
Mak Cik Ani : Tadi,ibu berselisih dengan dia..huh!langsung tak nak pandang muka ibu ni..marah sangat agaknya bila ibu tegur..
Kakak : Nak buat macam mana.Dia duduk di K.L tu.Dengan persekitaran yang macam tu.Ni,kita jumpa dia kadang-kadang jer..Sabar je lah ibu.InsyaAllah suatu hari nanti dia akan jadi baik.Kita kene lah selalu-selalu sebut nama dia tu(Solehah)..Kan doa tu.Nanti-nanti dia baiklah.
Mak Cik Ani : Hmm..Ye lah..(sambil melepaskan keluhan panjangnya)
Astaghfirullahala'zim..tak tahu bagaimana untuk mengatasii orang sebegini.Mana taknya.Setiap kata kita semuanya salah,dia je yang betul..Betul tak?..tipu lah kalau salah..bukan budak ni sahaja yang Awwahah dah jumpa.ramai lagi..
Apakan daya kita untuk mengubah diri orang lain..Kerana untuk berubah,seseorang itu perlu kepada tekadnya niat.Dan niat itu datang dari hidayah(petunjuk) Allah.Manakala,hidayah(petunjuk) itu milik Allah.Selagi Allah tidak berkehendak hidayah(petunjuk)keatas seseorang itu,tiada siapa yang mampu mengubahnya.
Kenapa ya KERAS sangat HATI dia?
Seperti Hadith diatas,Nabi menerangkan bahwa sesiapa yang banyak berbicara dan dia tidak menyebut nama Allah,Maka hatinya akan keras.
Ketahuilah sahabat,apabila hati kita keras,maka kita tidak akan gentar atau goyah saat melakukan dosa dan maksiat.Apabila ini terjadi,maka tenggelamlah kita dalam kenikmatan dunia yang sia-sia.
Faktor-faktor yang sering kita lakukan sehingga menggelapkan hati ialah:
1) selalu melakukan dosa kecil.
2) melihat kekurangan orang lain dan membanggakan kelebihan diri sendiri.
3) tidak suka menghadiri ceramah ilmu.
4) jarang membaca Al-Quran.
5) berkawan dengan masyarakat yang juga keras hati.
Sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama menjadikan faktor-faktor yang sering ini sebagai asing.Asing dari hati dan pemikiran kita.Agar kita jauh dari keKERASAN HATI.
Sesungguhnya,HATI yang KERAS adalah sifat-sifat ahli neraka.Sepertimana entri Awwahah sebelum ini.
![]() |
| Al-Quran penenang jiwa..(^_^) |
Selamat beramal dan bermuhasabah~
gaghek=gadis yang terok(loghat kelantan)
gaghek=gadis yang terok(loghat kelantan)
Rabu, 7 September 2011
Sifat Ahli Neraka dan Ahli Syurga
Daripada Harithah bin Wahb:Bahawa suatu hari Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam bersabda kepada para sahabatnya yang bermaksud :"Mahukah kamu semua aku beritahu(sifat-sifat) ahli SYURGA?" Para sahabat menjawab: "Ya".Baginda bersabda lagi : "Setiap orang yang lemah dan dilemahkan(da'if mutada'af).andainya dia meminta kepada Allah,nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya.Mahukah aku beritahu kepada kamu (sifat-sifat) ahli NERAKA?Setiap orang yang suka bertengkar('utlu) berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir). (Riwayat Al-Bukhori dan Muslim)
Penerangan Hadith:
1)Nabi Muhammad Salallahu 'alaihi Wasalam mengkhabarkan kepada kita tentang sifat ahli SYURGA dan sifat ahli NERAKA supaya kita bermuhasabah,berfikir dan merenung akan diri kita.Sifat yang manakah menjadi pilihan kita?Adakah kita ingin menjadi yang lemah dan dilemahkan atau yang tinggi dan ditinggikan?
Jangan terburu-buru memilih.Teruskan membaca (^_^)..
2) Apa yang dimaksudkan dengan lemah dan dilemahkan?
Maksud lemah dan dilemahkan(da'if mutada'af) ditelusuri dalam beberapa tafsiran.Antaranya ialah:
>Orang yang fakir dan dihina.(Tafsiran oleh para Ulama' termasuk Imam Al-Nawawi dan Al-Hafiz Ibn Hajar)
>Orang yang memiliki hati yang halus,lembut dan tunduk tawaduk kepada keimanan.(Tafsiran Al-Qadi 'iyyad)
>Orang yang melepaskan diri daripada keupayaan dan kemampuan sebanyak 20-50 kali setiap hari(Tafsiran oleh Ibn Khuzaimah)
Imam Syafie ada mengatakan bahawa:"lemah merupakan sifat manusia yang paling jelas.Sesiapa yang selalu menyedari sifat ini,dia akan memperoleh istiqamah(tetap hati) kepada Allah Azzawajalla.
3) Sifat-sifat ahli neraka:
>kasar ucapan dan perbuatannya.
>suka bertengkar.
>enggan mengalah dan mengaku kesalahan diri.
>apabila diingat dan dinasihati,segera menunjukkan reaksi marahnya.
"Manusia yang paling Allah benci ialah orang yang sangat kuat bertengkar"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
>sangat angkuh dan sombong.Terutama dalam berpenampilan dan gerak-geri.
Daripada Zaid bin Aslam,Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam bersabda :"langit menangis melihat hamba yang diberi kesihatan badannya,dilapangkan perutnya dan diberi kenikmatan dunia,namun dia sangat zalim sesama manusia"(Riwayat Jarir al-Tabari,sanad mursal)
p/s: Janganlah sahabat kecewa dan berduka apabila perwatakan kita lebih cenderung kepada ahli NERAKA.Terutamanya,apabila dikatakan suka bertengkar,kasar ucapan,enggan mengalah dan antara sifat-sifat yang dinyatakan diatas.Kerana kita ini manusia yang tidak sempurna.Oleh itu,marilah kita berusaha untuk menjadi sempurna.Sempurna dalam memenuhi sifat-sifat ahli SYURGA dan berusaha menjauhi sifat-sifat ahli NERAKA.
Kerana sifat ahli NERAKA itu datangnya dari hati-hati orang yang berpaling dari mengingati mati.InsyaAllah,dengan mengingati mati,hati dan nafsu kita mati untuk melakukan maksiat.
Selamat bermuhasabah dan bermujahadah~
3) Sifat-sifat ahli neraka:
>kasar ucapan dan perbuatannya.
>suka bertengkar.
>enggan mengalah dan mengaku kesalahan diri.
>apabila diingat dan dinasihati,segera menunjukkan reaksi marahnya.
"Manusia yang paling Allah benci ialah orang yang sangat kuat bertengkar"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)>sangat angkuh dan sombong.Terutama dalam berpenampilan dan gerak-geri.
Daripada Zaid bin Aslam,Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam bersabda :"langit menangis melihat hamba yang diberi kesihatan badannya,dilapangkan perutnya dan diberi kenikmatan dunia,namun dia sangat zalim sesama manusia"(Riwayat Jarir al-Tabari,sanad mursal)
p/s: Janganlah sahabat kecewa dan berduka apabila perwatakan kita lebih cenderung kepada ahli NERAKA.Terutamanya,apabila dikatakan suka bertengkar,kasar ucapan,enggan mengalah dan antara sifat-sifat yang dinyatakan diatas.Kerana kita ini manusia yang tidak sempurna.Oleh itu,marilah kita berusaha untuk menjadi sempurna.Sempurna dalam memenuhi sifat-sifat ahli SYURGA dan berusaha menjauhi sifat-sifat ahli NERAKA.
Kerana sifat ahli NERAKA itu datangnya dari hati-hati orang yang berpaling dari mengingati mati.InsyaAllah,dengan mengingati mati,hati dan nafsu kita mati untuk melakukan maksiat.
Selamat bermuhasabah dan bermujahadah~
Langgan:
Catatan (Atom)





.jpg)

































