Rabu, 7 September 2011

Sifat Ahli Neraka dan Ahli Syurga


Daripada Harithah bin Wahb:Bahawa suatu hari Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam bersabda kepada para sahabatnya yang bermaksud :"Mahukah kamu semua aku beritahu(sifat-sifat) ahli SYURGA?" Para sahabat menjawab: "Ya".Baginda bersabda lagi : "Setiap orang yang lemah dan dilemahkan(da'if mutada'af).andainya dia meminta kepada Allah,nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya.Mahukah aku beritahu kepada kamu (sifat-sifat) ahli NERAKA?Setiap orang yang suka bertengkar('utlu) berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir). (Riwayat Al-Bukhori dan Muslim)

Penerangan Hadith:
1)Nabi Muhammad Salallahu 'alaihi Wasalam mengkhabarkan kepada kita tentang sifat ahli SYURGA dan sifat ahli NERAKA supaya kita bermuhasabah,berfikir dan merenung akan diri kita.Sifat yang manakah menjadi pilihan kita?Adakah kita ingin menjadi yang lemah dan dilemahkan atau yang tinggi dan ditinggikan?

Jangan terburu-buru memilih.Teruskan membaca (^_^)..

2) Apa yang dimaksudkan dengan lemah dan dilemahkan?

Maksud lemah dan dilemahkan(da'if mutada'af) ditelusuri dalam beberapa tafsiran.Antaranya ialah:
>Orang yang fakir dan dihina.(Tafsiran oleh para Ulama' termasuk Imam Al-Nawawi dan Al-Hafiz Ibn     Hajar)
>Orang yang memiliki hati yang halus,lembut dan tunduk tawaduk kepada keimanan.(Tafsiran Al-Qadi 'iyyad)
>Orang yang melepaskan diri daripada keupayaan dan kemampuan sebanyak 20-50 kali setiap hari(Tafsiran oleh Ibn Khuzaimah)

Imam Syafie ada mengatakan bahawa:"lemah merupakan sifat manusia yang paling jelas.Sesiapa yang selalu menyedari sifat ini,dia akan memperoleh istiqamah(tetap hati) kepada Allah Azzawajalla.

3) Sifat-sifat ahli neraka:
>kasar ucapan dan perbuatannya.
>suka bertengkar.
>enggan mengalah dan mengaku kesalahan diri.
>apabila diingat dan dinasihati,segera menunjukkan reaksi marahnya.

"Manusia yang paling Allah benci ialah orang yang sangat kuat bertengkar"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

>sangat angkuh dan sombong.Terutama dalam berpenampilan dan gerak-geri.

Daripada Zaid bin Aslam,Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam bersabda :"langit menangis melihat hamba yang diberi kesihatan badannya,dilapangkan perutnya dan diberi kenikmatan dunia,namun dia sangat zalim sesama manusia"(Riwayat Jarir al-Tabari,sanad mursal)

p/s: Janganlah sahabat kecewa dan berduka apabila perwatakan kita lebih cenderung kepada ahli NERAKA.Terutamanya,apabila dikatakan suka bertengkar,kasar ucapan,enggan mengalah dan antara sifat-sifat yang dinyatakan diatas.Kerana kita ini manusia yang tidak sempurna.Oleh itu,marilah kita berusaha untuk menjadi sempurna.Sempurna dalam memenuhi sifat-sifat ahli SYURGA dan berusaha menjauhi sifat-sifat ahli NERAKA.

Kerana sifat ahli NERAKA itu datangnya dari hati-hati orang yang berpaling dari mengingati mati.InsyaAllah,dengan mengingati mati,hati dan nafsu kita mati untuk melakukan maksiat.

Selamat bermuhasabah dan bermujahadah~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat sahabat?