Ahad, 22 Julai 2012

heee...

Assalamualaikum. dan selamat petang..=)

Bagaimana puasa kita hari ini??..masih baik..insyaAllah..semoga dalam keadaan baik selalu.Amin..

Entry kali ini,sekadar iklan semata..^^,

~TAHNIAH kepada semua sahabat,kerana
 BERJAYA MEMASUKI BULAN RAMADHAN
 yg BARAKAH ini..~



Jumaat, 13 Julai 2012

Indahnya RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat petang sahabat Awwahah sekalian..^_^

Apa khabar hati? iman? dan badan?..Awwahah doa kan semoga sahabat-sahabat semua dalam keadaan baik dan semakin meningkat kebaikannya insyaAllah..amin

Entry kali ni,Awwahah suka untuk kongsikan rasa hati dan mengadu raga kepada sahabat-sahabat semua tentang rindu dan perasaan tak sabar Awwahah untuk berjumpa bulan Ramadhan.heee..insyaAllah bukan sahaja rindu dan tak sabar,malah terlalu berangan untuk melakukan sebanyak mungkin aktiviti dalam bulan Ramadhan nanti..ha..itu baru luahan sikit je..belom seluruhnya lagi.hee..^^,
Pasti sahabat juga merasai yang perasaan yang sama..tak mengapalah kan kiranya Awwahah kongsi sekali.=)


8 hari lagi..Demam Ramadhan semakin terasa..sangat merinduinya.hee

Bagaimana persiapan diri kita?..bagi sahabat muslimat,dah habis ganti puasa?..bagi sahabat muslimin,bagaimana cita-cita untuk menjadi imam tarawih nanti?..

"Ya Allah,..sampaikan lah kami kepada bulan Ramadhan"

Alhamdulillah, kali ini Awwahah nak kongsikan kepada sahabat pembaca semua akan kelebihan dan ganjaran yang bakal kita peroleh pada bulan Ramadhan ini..yang mana,semua umat Islam berusaha untuk merebutnya saat Ramadhan tiba.Jadi,jangan lepaskan peluang..(^^,)V

KELEBIHAN dan GANJARAN RAMADHAN :



Sayangnya andai kita tidak termasok dalam kalangan mereka yang merebut kesemua ganjaran ini..(--*)..ditambah dengan hati yang Ikhlas,pasti acuannya lebih menarik dan menghasilkan peribadi muslim yang lebih cemerlang.InsyaAllah..=)

selamat bersedia dan beramal semua..SALAM RAMADHAN..

Sabtu, 7 Julai 2012

Tuhanku..

Assalamualaikum dan selamat membaca wahai sahabat Awwahah sekalian..setelah sekian lama menyepi..kini Awwahah kembali, untuk sama-sama kita manfaatkan laman perbincangan dan perkongsian ini untuk kita manfaatkan sebagai alternatif mengenal diri kita.

Panjang pula muqaddimahnya.hehehe..baiklah,suka Awwahah untuk menarik minat sahabat semua untuk kita sama-sama muhasabah diri kita setelah berhari-hari melalui desakan hidup yang diuntai tuntutan dan tanggungjawab..

Hari ini,Awwahah ada menemukan bait-bait manis puisi indah yang merintihkan qalbu buat pembacanya.Oleh yang demikian,Awwahah ingin kongsikan nya di blog Awwahah ini,agar dapat kita sama-sama hayatinya dengan diiringi instrument syahdu..

Marilah sama-sama kita hayati..


Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…

p/s:tahniah kpd writer puisi ini..semoga Allah menambah pahalamu diatas usahamu ini..amin..~

Khamis, 5 Julai 2012

Ulangkaji..^^,

Assalamualaikum sahabat seIslam Awwahah semua..untuk kali ini..mari kita sama-sama murajaah atau kata nama lainnya, ulangkaji perkara-perkara yang perlu dititikberatkan ketika dalam bulan Puasa, Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi.. 

Jom sama-sama kita ulangkaji sekilas pandang melalui foto di bawah ni..


p/s:semoga dapat membantu ingatan kita bersama..^_^V

Malam Nisfu Sya'ban (15 Sya'ban 1433)

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad) :
“Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.” Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.
Keistimewaan malam Nisfu Syaaban?
Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama yaitu buku tahun lepas)
Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”
Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.


Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….
“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“
Bulan Sya’ban merupakan bulan kedua selepas Rajab yang penuh dengan keberkahan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rajab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Sya’ban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Peristiwa Penting Pada bulan Syaaban ,
1. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
2. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Erti Sya'ban dan Fadhilatnya ,
Arti Sya’ban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengabadikan nama itu hingga sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Sya’ban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Sya’ban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
P/s:sedikit perkongsian Awwahah yang telah dikongsi oleh sahabat Awwahah..sedikit ilmu yg cukup bermanfaat untuk dikongsi ^_^