Sabtu, 27 Ogos 2011

Benarkah????



Benarkah kita sudah berjaya dan berhari raya?...


Berhari raya dari belenggu dosa-dosa?...

Berhari raya dari nista yang menenggelamkan cinta(cinta Illah)?..

Berjaya hati yang meninggikan cinta(cinta Rabb)?..


dan sejarah mengiringi,memberi ruang kita merasa aman MERDEKA..

Merdekakah Negara kita?

Merdekakah jiwa kita?

Merdekakah hamas(semangat) kita?

Merdeka itu bagi mereka yang berjaya menjawab semua soalan ini dengan berkata 'Ya'..

Maka,ucapan selamat berhari raya untuknya.

ucapan tahniah menggunung untuk dirinya.

ucapan barakallah(mendapat keberkatan Allah) kerana kemerdekaan dirinya. 



Ketahuilah,rahsia jawapan itu,hanya Allah yang tahu...
akan tetapi,
perubahan jiwa,raga dan spirit itu dipantulkan oleh cerminan-cerminan.
cerminan itu,menjawab persoalan dihati.
dan jawaban itu,mampu dikenalpasti.
dan Allah Maha Luas IlmuNya,
Maha Mengetahui..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri



dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54



Rabu, 24 Ogos 2011

Purdah untuk TIDAK diPandang atau untuk diPANDANG

Baru sebentar tadi,ibu Awwahah melepaskan keluhannya tatkala teringat akan sebahagian muslimah yang berani menggunakan tona warna terang atau berbeza antara warna purdah dan tudungnya.
Gambar Hiasan Semata-mata

Ya,saya hanya berdiam kerana tiada kata untuk menyokong atau menidakkan kenyataan itu.Sebenarnya,masalah ini menjadi perbincangan yang patut dan perlu kepada saudara muslimah Awwahah sekalian.Nampak agak remeh kan.Namun,disebalik keremehan itulah yang perlu kita titikberatkan.

Saidatina Aisyah RA berpesan:
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak dipandang dan tidak memandang"

Srikandi Islam yang cantik rupawan ini,malah baik ilmunya dan menjadi ikon kaum Hawa dulu kini dan selamanya sendiri berpesan akan azimat ini. Pesanan ini untuk menegaskan bahawa,"SEBAIK-BAIK"bermaksud  penekanan kepada wanita-wanita yang berusaha menjadi baik,haruslah dan mestilah orang yang berusaha untuk tidak dipandang dan tidak memandang.

Tidak dipandang adalah membawa maksud,tidak menjadi perhatian kaum ajnabi(lelaki tiada pertalian darah) secara syahwat ataupun tanpa nafsu syahwat.

Tidak memandang pula membawa maksud,menundukkan pandangan daripada melihat ajnabi(lelaki tiada pertalian darah) dan perkara yang berupa maksiat.

Ok,kembali kepada maslahat(masalah) purdah untuk diPANDANG atau untuk TIDAK diPandang.

Masalah yang menjadi keluhan ibu Awwahah dan seluruh muslimat yang sedar ialah,sebahagian sahabat muslimah yang berani menampilkan diri dengan tona warna yang menjadi daya penarik orang sekeliling untuk diPANDANG.

Tidak Awwahah menghalang pemakaian purdah.Malah,Awwahah menggalakkan untuk istiqamah(tetap hati) dalam pemakaiannya bagi sahabat muslimah yang memang memakainya.InsyaAllah

Akan tetapi,Awwahah suka untuk menegur kepada pemakai yang menonjolkan tona warna purdah yang berbeza dengan tudung sipemakai.Kerana,pemakaian purdah ini,dasarnya adalah untuk tidak diPandang akan kejelitaan wajah yang mampu menaikkan syahwat ajnabi(lelaki tiada pertalian darah).Atau lebih mudah adalah supaya tidak menjadi perhatian awam.Namun,sekiranya pemakaian purdah itu sendiri menjadi perhatian,maka tujuan asalnya telah terpesong sama sekali.Malah,akan menimbulkan fitnah kepada sipemakai itu sendiri.

Oleh yang demikian,sebagai wanita yang berusaha untuk menjadi"SEBAIK-BAIK"wanita seperti yang dipesan oleh Saidatina Aisyah,maka perlu dan wajiblah kepada kita untuk berusaha agar tidak dipandang dan juga tidak memandang kepada yang maksiat itu.Supaya kita,terselamat dari fitnah-fitnah dunia dan mengharumkan nama baik muslimah itu sendiri.

"Wanita itu adalah perhiasan dunia.Dan SEBAIK-BAIK perhiasan adalah yang solehah"


Tak Nak Tona Warna Macam nih..Cari yang Hijau Juga tau!
Solehah itu bermaksud baik.Iaitu SEBAIK-BAIK wanita.Dan untuk menjadi yang "SEBAIK-BAIK" wanita ini,perlunya kepada usaha untuk TIDAK diPandang dan TIDAK MEMandang.

p/s:selamat bermuhasabah dan bermujahadah

Isnin, 22 Ogos 2011

Tazkirah GANGGU Ibadah Tarawih?

Astaghfirullahal'azim...kenapa pengisian ilmu sebegini dianggap masalah? dan kenapa mesti menjadi isu?
Memang tak masuk akal untuk dipersoalkan.Awwahah sangat-sangat marah bila terdengan luahan seorang ahli jemaah yang mengadukan masalah ini di media.Katanya:"Tazkirah ini akan mengganggu urusan ibadah Tarawih kami.Bagi orang yang ada urusan akan melewatkan penyelesaian solat Tarawih"..

Benarkah ia mengganggu? Yang dikatakan Takirah(peringatan) itu mengganggu proses ibadah?

Sungguh tak logik.Sangat-sangat terkilan.(astaghfirullah 3x).Awwahah dah terlalu marah sehingga menampakkan diri ini lebih baik.Astaghfirullah.Ya,mungkin kita perlu selidik kenapa seorang jemaah atau beberapa orang jemaah terbabit mempertikaikan Tazkirah sebagai pengganggu ibadah Tarawih.

Penilaian Awwahah daripada kata-kata jemaah terbabit.Katanya:
1)Selepas 4 rokaat Tarawih,ada selingan tazkirah.Akan melambatkan penyelesaian solat Tarawih.
2)Orang yang ada urusan akan kelambatan.
3)Pengisian Tazkirah ada menyimpang ke arah politik.

Ok,sekarang Awwahah akan nilai dari pandangan Awwahah sendiri.
1)         Alhamdulillah si jemaah terbabit masih mengimarahkan suasana masjid dengan menghadirkan diri untuk melaksanakan Solat Tarawih iaitu solat sunat yang  dituntut dibulan Ramadhan ini.
 
             Bismillah, wasalamu 'ala rasulillah(dengan nama Allah ,dan salam sejahtera keatas junjungan besar Rasul Allah Salallahu 'alaihi Wasallam)..... 

Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasallam yang bermaksud:
"Barang siapa yang mendirikan solat (solat sunat Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan KEIKHLASAN,maka Allah akan mengampunkan segala dosanya yang telah lalu"(Riwayat Muslim)

Barangsiapa yang ikhlas dalam melakukan ibadah Tarawih di bulan Ramadhan ini,maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.dan Awwahah doakan agar si jemaah tadi,ikhlas dalam melakukan ibadah Tarawih kerana Allah semata-mata.Dan sahabat,sekiranya kita IKHLAS kerana Allah,pasti tidak akan terdetik dihati untuk pertikaikan isu Tazkirah ini.Ini kerana Tazkirah itu itu sendiri yang membawa maksud,peringatan.Rasulullah sendiri bersabda dan meyakinkan mafhumnya:
كل بني آدم خطائون وخير الخطائين التوابون
"Setiap anak adam pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang ynang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat"(Riwayat Ahmad)

Ya,setiap manusia itu akan melakukan kesalahan.Manusia atau dalam bahasa arabnya الإنسان dari kata dasarnya ialah نسي yang bermaksud lupa.Tidak akan lari dari melakukan kesalahan kerana sifat lupanya.Bermakna,benarlah hadith nabi diatas.Oleh kerana sifat manusia itu sendiri pelupa,maka perlu keatas setiap kita untuk saling di PERINGATkan.Iaitu,TAZKIRAH..

Kerana sebab musabab ini Awwahah tidak boleh menerima baik alasan yang diajukan oleh jemaah tersebut.Kenapa perlu dibiarkan diri,hati dan akal kita yang zahirnya akan terlupa untuk tidak diingatkan.Janganlah menjadi orang yang bodoh sombong.Bodoh kerana tidak mahu diperingatkan dan sombong kerana menganggap dirinya tidak akan pernah lupa.Na'auzubillah(Kami memohon perlindungan dari Allah)

2)      Urusan apa yang begitu penting di malam hari?..Ya mungkin sahaja urusan dunia?atau urusan mengabdikan diri kepada Allah secara individual(perseorangan)?

        Tidak dinafikan,urusan dunia kini,perlu diselaraskan dengan urusan akhirat.Supaya kita beroleh kejayaan didunia dan akhirat.Akan tetapi,isu Tazkirah ini bukan salah satu masalah untuk dipertikaikan.Ya,kerana..setiap orang perlu makan.Betul? Kenapa hanya jasmani(tubuh badan) yang dititik beratkan.Dan rohani(hati) tidak diambil berat?.Sampai waktu makan,mesti kene makan.Sebab itu adalah rutin harian seorang insan.Malah,sekiranya lambat,pasti perut akan berdendang meminta makanan.Begitu juga hati.Hati adalah akar kepada tubuh seseorang manusia.maka,perlunya hati ini kepada makanan supaya kita ini,sihat rohani dan jasmani.Dan makanan rohani itu adalah peringatan.

3)     Untuk yang ini.Awwahah tiada komen.Sekiranya Awwahah ditempat jemaah terbabit,Awwahah akan mengambil langkah untuk mendengar dan menilai.Kerana,kita ini selalunya membuat keputusan sesuatu itu tanpa menilai.Jadi,sebagai anak negara Malaysiia yang mengimpikan negara yang aman makmur,setiap peluang itu di ambil.Jadi ceramah politik pun perlu diambil peduli.Supaya,kita tidak salah pilih pemimpin yang akan memimpin Negara.Yang ini,Awwahah tak mahu cakap lebih.Takot tersalah cakap nanti.hihihi...

Baiklah,kita sama-sama muhasabah diri supaya isu ini tidak berbangkit lagi.

p/s:selamat bermuhasabah


sumber:berita di TV 3


Ahad, 21 Ogos 2011

Kasih,...Aku SAYU

Assalamualaikum sahabat sekalian..Macam mana proses Islah Nafsi(pembaiki Diri)setakat ini?InsyaAllah,yang terbaik telah sahabat-sahabat lakukan.(^^,)...Awwahah doakan kita tidak pernah putus asa untuk berusaha mendapatkan perhatian Allah,malah berusaha untuk mendapat pengampunan daripada Allah.Allahu Sami'un 'alim(Maha Pendengar,Maha Mengetahui)..

Jujurnya,Awwahah merasa sangat sayu ditambah pula masalah-masalah dunia yang menghimpit hati,Awwahah semakin sayu..ya,saya semakin sayu

Kasih,


Semakin ku rasakan SAYU itu
 SAYU yang tak dapat ku nyatakan.
yang hanya mampu ku luahkan 
dengan linangan air mata syahdu

Kasih,
Dulu,penantian ini,ku damba..
ku impi setiap masa
ku rai saat tiba kedatanganmu

Kasih,
Saat penantian ini Allah kabulkan.. 
Aku bahagia dalam sujud syukurku
Aku bahagia melayani hidup beribadah menelusurimu

Tetapi,
Semua ini bakal berpenghujung..
kerna tiap pertemuan itu..
merasai perpisahan..
dan aku seakan SAYU

Kasih,
 SAYU itu kembali
dalam perhitungan untuk melepaskanmu.
Sayu itu kembali
 untuk meniti sisa-sisa hidup ku menelusurimu

Kasih,
Kau sering ku nanti dalam doa,
kedatanganmu ku rai dalam sujud ku
Pemergianmu ku tangis dalam sedu malam ku..

Maka,
Ku persiapkan diri ini peroleh kenangan tika menelusuri mu
Ku peringat diri untuk menghargai setiap waktu dengan mu

Kasih,
Ku bertekad satu..
agar pemergian mu tiada sesal bagi ku
agar pemergian mu melahirkan aku 
yang jauh lebih baik dari perpisahan yang dulu.

Kasih,
semakin hampir waktu itu,
semakin Sayu meneman pilu.
Namun,ku pasrahkan itu.
Ku kuatkan qalbu
Dalam penantian ku 
untuk pertemuan yang baru..

Nukilan buat kekasihku RAMADHAN...

Kerana Awwahah tahu,bukan Awwahah sahaja merasainya,malah sahabat-sahabat juga.InsyaAllah,kita titipkan setiap sisa-sisa beberapa hari ini,untuk Qiyamullail padanya,agar peroleh malam itu,malam yang dikenali sebagai malam seribu bulan..malam LAILATUL QADAR.Marilah kita sama-sama mengejarnya.


p/s:selamat beramal dan selamat berpuasa

Isnin, 15 Ogos 2011

Alamak...dah masok fasa ke 2..macam mana ea?

"Hari ni jer dah terlepas beberapa amalan.Dah masuk fasa ke 2.Kenapa hati masih tak berubah-ubah?"

"Malunya diri ini...sekejap buat semua rutin amalan,sekejap tertinggal..dah masuk fasa ke 2 ni,aku masih tak istiqamah(tetap) hati melaksanakan amalan.Macam mana ni?



Begitulah antara LUAHAN HATI orang yang sentiasa mahukan hari ini lebih baik dari hari sebelum-sebelumnya.Alhamdulillah..berbahagialah orang-orang sebegini.Kerana sesungguhnya,Allah sedang menjaga mereka.Allah sedang mendidik hati dan fikiran mereka.Allah sedang menguji iman mereka..Oleh itu,jangan pernah berputus asa.Kerana iman itu seperti roda.Sekejap berada diatas(penoh keimanan) dan sekejap berada dibawah(iman berkurang).


Jadi adakah IMAN Bertambah atau Berkurang?



Awwahah teringat akan kata-kata seorang Murrabi(guru) sewaktu di sekolah menengah.
Katanya: "Iman MANUSIA ni,ada naik dan turun.Iman MALAIKAT,tidak naik dan tidak turun.Manakala,iman NABI naik dan tiada turun"

Pesanan ini,Awwahah sampaikan kepada sahabat-sahabat semua supaya kita jangan mudah putus asa.InsyaAllah..





Hubungkait TAQWA dengan IMAN 

Baru-baru ini,Awwahah ada mendengar pengisian ilmu di Radio Ikim.fm yang mana membincangkan tentang TAQWA.Akan tetapi,Awwahah tak dapat kenalpasti tajuk perbincangannya,dan sempat Awwahah merakam soalan dari salah seorang pendengar.

Soalan : "Ada seorang sahabat yang pernah BERZINA dan berTAUBAT.Namun,dia masih tak boleh menerima keberadaan suaminya.Cumanya,dia tetap melaksanakan rutin seorang suri rumah.Apakah TAUBATnya di terima?"
Ustaz : Tahniah kepada insan berkenaan,kerana kembali bertaubat kepada Allah.Terima atau tidak itu kerja Allah.Kita sebagai manusia,tidak mampu untuk menentukan sama ada diterima atau tidak taubat kita itu.Akan tetapi,kita boleh melihat penerimaan itu melalui sikap si pesalah.Sekiranya sikap si pesalah itu berubah kepada yang lebih baik,bermakna,taubatnya diterima.Begitulah sebaliknya.Taubat itu,bermakna seseorang itu insaf sebenar-benar insaf dan bertekad untuk tidak mengulang kembali dosanya.Maka,haruslah kita pastikan bagaimana tahap taubat kita.Jangan kita hanya mengungkap kata TAUBAT,tetapi tiada usaha untuk berTAUBAT.Berusahalah untuk peroleh TAUBAT NASUHA(sebenar-benar taubat) untuk diterima Allah,terampun dosa-dosa yang lalu dan peroleh keTAQWAan.

Begitulah langkah yang perlu diambil untuk kita peroleh keTAQWAan.

Seorang Ustaz yang mengajar di masjid berdekatan rumah Awwahah ada menyimpulkan FORMULA untuk peroleh TAQWA.Katanya : "Untuk peroleh KEJAYAAN,perlu mendapat IZIN Allah,Untuk mendapat IZIN Allah,kita perlu TAQWA kepada Allah,untuk perolehi TAQWA,mesti meNINGGALkan LARANGAN Allah dan meLAKSANAkan apa yang diPERINTAH Allah."

Apa itu IMAN? IMAN ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.
Apabila seseorang itu berIMAN kepada Allah,bermakna dia akan membenarkan didalam hatinya dengan mempercayai akan Tauhid Uluhiyyah(keesaan),Tauhid Rububiyyah(kekuasaan) dan Sifat-sifat dan Nama-nama Allah.Dia juga akan mengakui dengan lidah iaitu mengucap 2 kalimah syahadah dan meninggalkan apa yang dilarang dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Ya,apabila kita berIMAN kepada Allah,pasti,kita akan sukarela,bahagia,bersenang hati untuk melakukan FORMULA diatas.

Jawapan kepada Hati yang Tak Istiqamah(tetap)

Maka,perlu kepada setiap orang,Awwahah dan sahabat pembaca sekalian,berusaha untuk menjaga IMAN agar peroleh TAQWA dalam menggapai hati yang Istiqamah(tetap) di jalan Allah.Maka,jangan berputus asa,jangan berduka cita,kerana setiap ujian yang ditimpa kepada kita,menentukan keberadaan IMAN kita dalam roda kehidupan ini.

BerUSAHA untuk peroleh IMAN dan TAQWA

Mari kita recrut hati ini selagi masih berada dalam bulan Ramadhan ini.Jangan terus mengalah dan menyerah.Allah menguji kita diatas kemampuan kita untuk memperlihatkan USAHA kita memperoleh TAQWA kepadaNya.Kerana Allah akan menilai usaha kita itu walaupun sekecil zarah.

So,see the result after Ramadhan.

p/s : Selamat beramal dan semoga istiqamah dijalanNya.

Khamis, 11 Ogos 2011

Zakat tautan kasih sayang dan Pengikat amalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk sahabat-sahabat pembaca sekalian.InsyaAllah, hari ini..Awwahah terbawa untuk memperlihatkan kepada sahabat-sahabat sekalian tentang satu gambar yang amat menyentuh  hati Awwahah.





Gambar ini,Awwahah ambil dari FB seorang sahabat.Alhamdulillah beliau perihatin tentang keadaan saudara-saudara kita ini.Tahniah diucapkan buat dirinya. ^^,

Dalam gambar ini,kita boleh lihat,sebilangan besar saudara kita bertubuh sihat kerana cukup makan.Malah berlebihan pemakanannya.Dan sebilangan kecil(satu sebenarnya..hihihi) seakan-akan tidak pernah makan.Atau kata lain,tidak cukup makan.Kurang zat makanan dalam dirinya..Kekurangan ini yang menjejaskan struktur badan dan kondisi kesihatan seseorang insan..Seperti saudara kita diatas.Kesihan Awwahah melihatnya.

Di Malaysia,pernah  tak kita jumpa saudara kita sebegini?..tidak kan?..Betul..jarang sekali untuk kita melihat keadaan saudara kita sebegini.Tapi,lepas tengok gambar ini,Awwahah sangat-sangat terharu atas segala nikmat makanan dan kesihatan yang Allah karuniakan ini.Alhamdulillah..Ya Allah,manakan kita mampu hadapi ujian ini..Betul tak?Subhanallah..

Sahabat,apa yang dapat dirasai semasa kita berpuasa.?Seharian tak makan,tak minum..kita menahan lapar dan dahaga.Rasa-rasanya,kita merasai  tak kelaparan dan kehausan saudara kita ini?..sudah tentu jawapannya YA..Tapi,itu sikit sahaja.Malahan,sekejap sahaja merasai lapar..tak sampai 24jam pon.tak jadi kurus macam saudara kita tu kan?..tak sampai kekurangan zat pun kan?..Malah,berpuasa adalah satu proses pembersihan usus yang mana,doktor-doktor amat menggalakkan aktiviti berpuasa untuk menyihatkan usus kita.Jadi,tiada alasan untuk sahabat-sahabat yang ber'penyakit' gastrik untuk tidak berpuasa.Kerana puasa akan membantu meneutralkan semula proses usus yang dialami pesakit gastrik.

Ok,itu yang pertama,tentang pesakit gastrik.Yang kedua.kita pergi kepada keprihatinan seorang saudara,kepada saudaranya yang lain.Maksudnya,bagaimana keprihatinan kita terhadap saudara kita yang kekurangan sumber makanan seperti di negara Afrika dan sebagainya..

Sabda Nabi Salallahu 'alaihi Wasalam yang bermaksud
Sesungguhnya tidak sempurna Iman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri(Riwayat Bukhari)

Maka,tunjukkanlah kasih kita pada saudara kita ini dengan memberi.Sedikit pemberian itu sangat berharga.Dan Allah menilai setiap amalan kita walaupun sekecil zarah.Bertepatan dengan pepatah Arab "memberi itu lebih baik daripada menerima".

Janganlah kita hanya berbahagia dengan penerimaan nikmat kemampuan ini dan tak berkemahuan untuk memberi.

Allah telah memerintahkan kepada setiap hambanya yang mampu untuk menginfakkan atau menyedekahkan hartanya kepada orang yang miskin,yatim dan memerlukan.Barangsiapa melaksanakannya,maka Allah memberi ganjaran pahala dan syurga untuknya.Barangsiapa tidak menyedekahkan hartanya,maka dia adalah orang yang BAKHIL dan siksaan Allah tersedia untuknya.
Maka rugilah sahabat kita yang yang BAKHIL itu.

Percayalah bahawasanya,rezeki itu datangnya dari Allah,apa yang kita usahakan dan apa kita kerjakan untuk peroleh rezeki itu,telah ditetapkan oleh Allah dalam Luh Mahfuznya.Dan sesungguhnya dalam rezeki kita itu,terselitnya rezeki orang lain.Bagaimana yang dikatakan terselit rezeki orang lain?Ok,Awwahah datangkan contoh.
Seorang peniaga,berniaga dan hasil niaganya adalah rezekinya.Dari rezekinya itu,dia perlu membayar upah pekerja yang bekerja dibawah perniagaannya.Maka,itu adalah rezeki pekerjanya.


Kesimpulannya,dalam rezeki kita ini adanya rezeki orang lain.Kerana itu,Allah mewajibkan kepada kita untuk menunaikan ZAKAT sebagai alternatif menyucikan harta/rezeki kita ini daripada rezeki-rezeki orang lain.Yakinlah bahawa Allah telah menentukan rezeki setiap hambanya.


سبح اسم ربك الأعلى (1) الذي خلق فسوى (2) والذي قدر فهدى (3) (3-1: Al-A'la)
maksudnya: Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi(1) yang menciptakan dan menyempurnakan(penciptaanNya)(2) dan yang menentukan qadar (masing-masing) dan memberi petunjuk(3)


Kelebihan Memberi..(^_^) 
dan Allah tidak akan memutuskan rezeki kita ini walaupun telah menginfakkan sebahagian harta kita kerana Allah.InsyaAllah dengan menginfakkan sedikit harta kita,akan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.Oleh itu,jadikan  lah ZAKAT dan sedekah itu sebagai wasilah(cara) kita menunjukkan kasih kita kepada saudara kita yang tidakk berkemampuan.

Jadi,mulakan langkah kita memberi melalui amalan ZAKAT.Maka,kewajipan berZAKAT itu amat lah bersesuaian dengan konsep memberi lebih baik dari menerima..kekunci untuk memberi yang membawa kita kesyurga sana ialah IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH..Allah berfirman dalam surah (Al-Insan: 9-22)..Allah akan menyediakan kepada hambanya yang memberi kerana takutkan Allah ialah Syurga yang penoh nikmat didalamnya.Subhanallah..

Sesungguhnya,Allah amat murka kepada sahabat yang BAKHIL itu.Sepertimana kisah QARUN dan hartanya.Na'uzubillahi Min Zalik(Jauhkanlah kami daripada kebakhilan itu).





p/s:.Selamat berkasih-sayang dan selamat beramal...

Isnin, 8 Ogos 2011

Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha ini dilakukan pada waktu dhuha,iaitu... dari naiknya matahari pada pukul 7.30 sehingga jam12 tengah hari.

Solat sunat Dhuha ini dilakukan dalam 2 rokaat,4 rokaat dan boleh juga 8 rokaat..penting untuk Awwahah ingatkan,walaupun sedikit,pastikan kita Istiqamah..InsyaAllah(untuk diri ini juga,amin...)

Pada waktu ini,sebaiknya kita laksanakan solat Dhuha atau nama lainnya,solat sunat Awwabin.Solat Dhuha,adalah solat sunat yang juga dikenali solat untuk minta rezeki.Ini kerana doa khususnya juga bermaksud untuk meminta rezeki..hehehe..Pada sesiapa yang berusaha untuk mengekalkan pelaksanaan solat ini,InsyaAllah rezekinya melimpah dan Allah akan jaga.Maka,yakinlah pada Allah.(^^,)..

Niat solat Dhuha,pasti semua dah tahu.Tapi,Awwahah tetap nak tulis juga..hehe أصلى سنة الضحى ركعتين لله تعالى
maksudnya : sahaja aku solat sunat Dhuha dua rokaat kerana Allah Ta'ala.



Doa Khusus
اللهم إن الضحىء، ضحىءك والبهاء،بهاءك والجمال،جمالك والقوة، قوتك والقدرة،قدرتك والعصمة،عصمتك.
اللهم إن كان رزقي في السماء،فأنزله وإن كان في الأرض،فأخرجه وإن كان معسرا،فيسره وإن كان حراما،فطهره وإن كان بعيدا،فقربه.
maksudnya : Ya Allah,sesungguhnya waktu Dhuha itu,waktu DhuhaMu,kecantikannya adalah kecantikanMu,keindahannya itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah,jika rezekiku masih dilangit,turunkanlah da jika di dalam bimu,keluarkanlah,jika sukar,permudahkanlah,jika haram,sucikanlah dan jika jauh,dekatkanlah.

Bertepatan hadith Nabi Muhamad Salallahu 'alaihi Wasalam yang telah diriwayatkan oleh sahabat Baginda Abu Hurairah katanya yang bermaksud :
"Kekasihku Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalm telah berwasiat kepada ku 3 perkara aku tidak meninggalkannya iaitu : 
1)supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir dan 
2)supaya aku tidak meninggalkan 2 rokaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat Awwabin dan 3)berpuasa 3 hari daripada tiap-tipa bulan."(Riwayat Al-Bukhori dan Muslim)

Maka,jomlah kita sama-sama merebut peluang Dhuha ini..InsyaAllah,janji Allah itu pasti..mulakan rehat dipagi hari mu dengan melaksanakan solat Dhuha.Pasti kamu akan bahagia dengan kesannya itu.Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang,Maha Kaya dan Maha Pemurah...^^,

Hidayah Allah Maha Luas



Part 1



Part 2



Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja walaupun setelah dia diberi petunjuk dan berpaling dan Allah kembalikan hidayahnya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.Firman Allah dalam surah (Al-An'am:54)
...كتب ربكم على نفسه الرحمه،أنه من عمل منكم سوءا بجهالة ثم تاب من بعده وأصلح فأنه غفور رحيم
maksudnya :...Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih dan sayang pada diriNya (iaitu) barangsiapa berbuat jahat diantara kamu kerana kebodohan kemudian dia bertaubat setelah itudan memperbaiki diri,maka Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Adik..kenapa macam nih?

Jam menunjukkan tepat pukul 9:00 mlm..
Tempat: Ruang Tamu Rumah


Si kakak masih sibuk menatap laptopnya dalam menghasilkan coretan dan karangan dipapan blognya.Manakala, si adik bongsu sedang melaksanakan solat Isyak..Jauh disudut sofa itu,si kakak memerhati gerakan adiknya.Tiba-tiba..

Kakak : aduh..sakitnya perut....

kemudian si kakak menuju ke tandas untuk menyelesaikan hajatnya..
5 minit kemudian,si kakak kembali k tempatnya..dalam perjalanan ke ruang tamu,dia mendengar adiknya sedang berzikir.Tersenyum si kakak.Kemudian,dia menegur..

Kakak : Eh,dah habis dah solat Isyak,cepatnya...(sambil tersenyum melihat gelagat adiknya..)
Adik : ha'a..orang dah solat tarawih pon...(menjawab dengan bangganya sambil menyelak kain telekungnya..)
Kakak : Apa!!!! cepatnya....akak pergi tandas kejap sahaja..Ha!..ni mesti solat tak betul nih..

Belum sempat menghabiskan ayat,si adik mencelah untuk menegaskan jawapannya.

Adik : orang solat betul-betullah..
Kakak : Ok,berapa rokaat solat tarawih?
Adik : 8 rokaat lah..
Kakak : Ha!! tak percaya...tak percaya..adik solat main-main kan?..cakap betul-betul.
Adik : ye lah..orang solat 8 rokaat.Betul lah...
Kakak : tak percaya juga...kene solat balik..
Adik : Ala.....(sambil menghempas badannya ke sofa)
Kakak : tak der ala-ala..kene buat juga...

Terasa sedikit belas kasihan melihat pada adiknya yang mencuka apabila disuruh solat semula.Namun,si kakak perlu menegas..kemalasan itu perlu ditegah..dan dia mengendurkan sedikit suasana dengan berkata..

Kakak : adik,kenapa macam ini?..adik sebenarnya solat kerana apa?untuk apa?

Si adik diam tanpa menjawab..mukanya dipalingkan..

Kakak : Baiklah,..akak nak tanya.Siapa yang cipta adik?muka adik?tangan adik? kaki?.mm? (mengharap soalannya dijawab)
Adik : Allah..(dalam nada suara yang sedikit rendah bagai dengar tak dengar..)
Kakak : Ok,kalau Allah yang ciptakan adik,kenapa adik tak cuba ucap terima kasih kepada Allah?..Allah,ciptakan manusia,hanya untuk beribadah kepadaNya..macam solat ini.Jadi,kenapa adik tak mahu solat betul-betul kerana Allah?..solat betul-betul kerana Allah sama macam adik berterima kasih   kepada Allah.Allah akan sayang adik..(mendekati dan mengusap badan adiknya agar dapat meresapi apa      yang dikatakannya).Adik tak nak ke Allah sayang adik?
Adik : Ok-ok..(sambil bangun dalam keadaan bersemangat).Tadi adik solat 2 kali 4 rokaat..lepas tu kene ulang balik?
Kakak : Ha'a..ulang balik..setiap 2 rokaat niat macam ni "أصلى سنة التروة ركعتين لله تعالى"..bahasa melayu pun tak per."Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rokaat kerana Allah Ta'ala"..Ha!..baca dalam hati..jangan sebut..
Adik : Ye.Ye...tahu ler..(berdiri sambil menghadap qiblat)

Pengajaran :
1) Menasihati dengan nada yang sesuai mengikut keadaan dan bertindak mengawal keadaan.
2) Allah berfirman dalam surah (Al-dhariyat:56)
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
maksudnya : Dan Aku(Allah) tidak menciptakan Jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu
3) Membantu ahli keluarga/sahabat yang kurang memahami sebab dan hikmah dalam setiap perbuatan yang dituntut Syarak.

Peringatan di Bulan Ramadhan..hehehe..






Sebelum Waktu Berbuka




Selepas Waktu Berbuka





Firman Allah dalam surah (Al-A'raf:31)
يابنى ءادم خذوا زينتكم عند كل مسجد وكلوا واشربوا ولا تسرفوا إنه لا يحب المسرفين
maksudnya: Wahai anak cucu Adam!pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid ,makan dan minumlah,tetapi jangan berlebihan.Sungguh,Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.





p/s: Jangan makan secara berlebihan kerana amalan itu akan merosakkan ibadah-ibadah sepanjang berbulan puasa terutamanya dalam melakukan solat tarawih..Selamat berpuasa dan selamat beramal..(^_^) 

copy from KAK SITI FATIMAH...hehehe

Khamis, 4 Ogos 2011

Rayuan Gadis kepada Tuhannya

"Jika waktu dahulu bisa berputar,pasti ku mengharapkannya.
Jika tawa dahulu bisa kembali,pasti ku org yang paling gembira.
Jika bahagia dahulu bisa ku temui,pasti tidak ku cari ganti.......

Oh,indahnya masa itu,dimana keluarga ku disisih kerana kemiskinan itu.
Oh,indahnya masa itu,dimana keluarga ku redha dlm kekurangan.
Oh,indahnya masa itu,dimana keluarga ku sering bersatu.

Namun,..semua itu tak bisa kembali..
tak akan ku perolehi lagi..
tak akan ku nikmati lagi.."nyanyian gadis dihatinya,agar didengari Rabbnya..

Sedari lahir,..gadis itu dihidangkan dengan kehidupan serba kepayahan.Gadis dididik dalam keadaan serba kekurangan.Gadis diasuh dalam ketenangan mengenali Penciptanya.Ukhuwah gadis bersama ahli keluarganya utuh dalam dambaan bahagia.Gadis itu sangat bahagia.

Kehidupannya mula berubah,apabila kewangan keluarga semakin baik/berkembang.Alhamdulillah, rezeki Allah dilimpah keatas hambanya yang sabar.Namun,satu persatu teragut dari jiwanya.

Dia lemah,..dia rebah...pada keindahan duniawi..
dia lupa pada kesusahannya dulu..
dia lupa akan keringat ibu,abahnya dulu..
dia mula dibuai keenakan dunia itu..

"Wahai gadis,kembalilah.....Allah merindui pintamu,Allah kasihkanmu..janganlah kau berpaling dari TuhanMu yang menciptakan Mu.",satu suara dari benak hatinya merayu..Alhamdulillah,gadis itu kembali...kembali mencari cinta Illahnya...Sungguh Allah Maha Pemaaf.Dia memaafkan gadis itu.Kerana Allah Maha Berkuasa dan memberikan keampunan kepada sesiapa sahaja yang Dia berkehendak.

Akan tetapi,gadis itu kini kembali layu,setelah CINTA memaut pada hatinya.Ya Allah,gadis itu menangis..gadis itu merintih..gadis itu merayu Ya Rabb..dia lemah untuk itu,dia perlu kekuatanMu,Rabb.bantulah dia...bantulah dia..bantulah dia..

Gadis itu memanjatkan doa kepada Kholiqnya
"Allah,..hamba yang lemah ini,semakin jatuh,
hati semakin rapuh,
aku semakin jauh..
Ya Allah,..kuatkan ku..
tetapkanlah hati ku hanya untukMu,
agar tiada rasa ragu mencintaiMu..
agar tiada sayu rasa diqalbu..
agar aku menyayangi pada yang hak dan disayangi oleh yang berhak
ku pohon,jadikanlah "dia" ketenangan bagiku
jadikanlah "dia" mampu membimbingku ke jalanMu"gadis itu menangis dan terus menangis...

Keluhan itu didengari Kholiqnya..dia ditunjukkan jalan menyeberangi liku itu..Alhamdulillah,ketenangan itu kembali.Jiwanya tenang..Maha Suci Allah..mencintai Rabbnya,menempa ketenangn dalam batin gadis itu.Ketenangan yang tiada siapa mampu gantikan..Walau sesukar mana,gadis berjanji dalam dirinya untuk tidak ragui cinta Rabbnya,kerana dr cinta itu menyuluh segala jalan dihadapannya....Allahu Akbar..tiada cinta sehebat cinta Allah kepada hambanya..

Rabu, 3 Ogos 2011

BONUS dlm BULAN RAMADHAN..




SIAPA MAHU BONUS????

Pasti tiada yang x mahu kn.Hehehe..ye lah kan lepas penat lelah..pasti kita mahukn ganjaran.
Jadi,ApaLagi!!!
Jom kita rebut...hihihihi..^^,

5 BONUS KHAS dlm BULAN RAMADHAN..
Bonus khas lagi tu..

TETAPI!!!

Untuk merangkul/memperoleh BONUS KHAS ini,perlu bersyarat. Apabila syarat ini dipenuhi,maka mereka2 itulah berkelayakan untuk memperoleh BONUS ini..hihihi

SYARAT2nya...
1) berpuasa dgn niat yang ikhlas semata-mata untuk Allah dan kerana Allah.
2) berpuasa dengan sesungguh-sungguhnya untuk memperoleh puasa yg bernilai(lbh baik dr sebelumnya..)
3) memiliki niat hati untuk peroleh akhlak,hati budi dan keperibadian yang lebih soleh/hah bermula dr bulan Ramadhan sehingga ke luar drnya.
4) berpuasa tidak hanya menahan lapar dan haus.Malah,berpuasa dr melihat yang dilarang oleh syarak(cth: perempuan ajnabi melihat lelaki ajnabi dan sebaliknya) dengan sengaja,berpuasa dr mendengar perckpn yg x elok(cth:umpatan,gosip,fitnah& suara ajnabi) dengan sengaja,berpuasa dr berckp yang sia-sia,berpuasa dr melangkah k tempat maksiat(cth:kelab dangdut..dll),berpuasa dr memegang perkara yang ditegah Islam(cth:pegang tangan ajnabi,pegang rambut ajnabi..dll)
5) menjaga/memelihara kesempurnaan puasa dr perkara2 yang makruh.(cth:tidak berendam dlm air dlm waktu yang lama, tidak tidor siang yang lama)
6) melakukan amalan sunat dlm bln Ramadhan(cth:bersahur,tadarus Al-Quran Karim)

Baiklah,untuk setakat ini,hanya 6 syarat yang perlu dilepasi.sekiranya berjaya,Maka,berbahagialah..anda akan peroleh 5 BONUS ini di alam Akhirat nanti..

5 BONUS KHAS untuk SESIAPA YANG BERJAYA
1) Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari bau kasturi di sisi Allah.
2) Para malaikat berisghfar untuk kamu sehingga kamu berbuka.
3) Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari hanya untuk kamu yang sanggup bersusah-payah di dunia ini demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Firman Allah yang bermaksud
"hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu."
4) Allah membelenggu(mengikat) syaitan2 untuk memelihara kamu.
5) Kamu akan mendapat keampunan pada akhir malam.Malam ini adalah malam pengurniaan pahala kpd kamu seusai melakukan amalan.Berpandu hadith Nabi apabila ditanya sahabat mengenai mlm ini.
'Ya Rasulullah(salallahualaihi wasalm..kene jwb tau) apakah itu berlaku pada mlm Lailatulqadar?"Baginda menjawb:"Bukan,tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya"(Riwayat Ahmad)

Hmm..semoga kita menambil tindakan untuk memenuhi syarat2 tersebut.DAN..kita sama2 merebut peluang BONUS ini,kerana,ia hanya ada sethn sekali.So,jomlah kita mengambil 'ibrah(pengajaran) dan jdkn dorongan utk kitaperbaiki hati,emosi dan pemikiran kita..<selamat beramal dan selamat berpuasa>

Ingatan buat Awwahah juga..(^_^)
                                                                                                 Sumber:Majalah SOLUSI No.34

Mutawwif/fah yang Dihargai..(^_^)

Bakal-bakal MUTAWWIFAH bersama Ustaz Lukman Hakim
      بسم الله الرحمن الرحيم...
      الحمد لله رب العالمين،الرحمن الرحيم...
InsyaAllah hari ini,dgn izin Allah,Awwahah masih diberi nyawa untuk terus mengarang dan mencoret di papan blog ini untuk dikongsikn bersama sahabat2 pembaca yang dihormati sekalian.

Hari ini,Awwahah akan kongsikn kpd sahabat2 mengenai jati diri seorang insan yang dikenali sabagai MUTAWWIF/FAH..ok.Sebelum tu,siapa yang mengenali insan ini?sila anggukkn kepala(hihihi)..Baiklah,x mahu terus berteka-teki,Awwahah akan terangkan siapa MUTAWWIF/FAH dan apa hubungankait mereka dengan kita.

MUTAWWIF/FAH bermaksud orang yang membantu Jemaah Haji dalam melakukan Tawaf dan Sa'ie.

Bila disebut Tawaf dan Sa'ie,pasti sahabat2 dapat meneka tugas mereka.Yup,tugas mereka berkait rapat dengan para Jemaah Haji/Umrah.Baiklah,pastinya para2 haji dan hajah sekalian sudah mengenali siapa itu MUTAWWIF/FAH.Ok,kata nama lain bagi MUTAWWIF/FAH ialah,fasilitator atau pemudah cara.Sesungguhnya,para MUTAWWIF/FAH ini memainkan peranan yang hampir sama dengan fasilitator.

>Fasilitator pemudah cara adik2/teman2 dalam sesebuah program atau proses pembelajaran di sekolah/universiti.

adapun
> MUTAWWIF/FAH ini adalah pemudah cara para Jemaah Haji dalam melaksanakn rukun dan wajib haji/umrah  di Tanah Haram,Mekah.

bermaksud,para MUTAWWIF/FAH ini,tanggungjwb mereka lebih berat berbanding tanggungjwb fasilitator.
"Kita(MUTAWWIF/FAH) ini sebenarnya,membawa para2 Jemaah Haji yang byk dosa ini dtg ke Tanah Haram(Ka'abah),untuk basoh dosa2 mereka.Jd,kita kene memimpin mereka dengan bersungguh(dgn baik)",terang Ustz Lokman Hakim.Beliau merupakn Moderator Mutawwif dan juga adalah seorang MUTAWWIF yang cemerlang.

Dalam pendekatan lain kita boleh kata MUTAWWIF/FAH ini adalah sebagai seorang Da'ie(pendakwah).Dan sebagai seorang pendakwah,tugas MUTAWWIF/FAH ini amatlah berat.Kerana mereka:
1) Perlu membersih/membasoh hati2 bakal Jemaah sebelum ke Tanah Haram.
Itu,sudah semestinya.Berbalik pada ulasan Ustz Lokman tadi,para2 Jemaah ini,org yang byk dosa.Oleh itu,sebelum kita pandu Jemaah ini di Tanah Haram,maka wajiblah keatas MUTAWWIF/FAH itu untuk menyucikn hati2 para Jemaah serta membantu mereka membetulkan niat untuk mengembara k Tanah Haram.
2) Mengajar dan memimpin bakal Jemaah cara melaksanakan Ibadah Haji/Umrah.
Tugas ini, telah disenarai dalam beberapa peringkat Kursus Haji iaitu
  * Kursus Haji Bersiri-selama 4bln
Ustaz Lukman Hakim Hanafi
  * Kursus Haji Intensif-hanya 2 hari
  * Kursus Haji Khas- dalam 1 hari
  * Kursus Haji Perdana-dilakukan dlm bulan syawal
Melalui peringkat ini,MUTAWWIF/FAH bertanggungjwb penoh untuk menjelaskn dn menerangkan bagaimana melakukan ibadah haji yang Mabrur.
3) Berperanan dalam memberi khidmat nasihat kepada Para Jemaah di Tanah Haram.
Seperti yang kita dpti,di Tanah Haram,pelbagai pantang larang perlu dipatuhi.Dan rasionalnya lahkn..para Jemaah yg sama jiwa mcm kita dr kwsn yg sama mcm kita,tidak sesesak,selesa,mkn senang nk dpt,nk k tandas x perlu beratur,..pasti akan melalui suasana baru di Tanah Haram.Dan disini,peranan MUTAWWIF/FAH sebagai penasihat/penaik semangat/pendorong kpd para Jemaah utk tidak cepat melatah dn terus berusaha,menjaga hati agar peroleh haji Mabrur dn diredhai.Maklum saja,para Jemaah bukan yg semuanya seusia remaja atau muda belia untuk para MUTAWWIF/FAH arah itu ini.Oleh yg demikian,MUTAWWIF/FAH perlu sentiasa mengawal emosinya dlm mengawal emosi setiap Jemaah.

Selain itu,tugas MUTAWWIF/FAH diteruskan lagi selama di Tanah Haram sehingga pulang.Mereka boleh dilabelkn sebagai Bapa/Ibu kpd para Jemaah kerana mereka:
4) Berperanan sebagai Perawat Kecemasan di Tanah Haram.
Sebagai MUTAWWIF/FAH mereka perlu peka terhadap tahap kesihatan para Jemaah.Ini kerana,keadaan cuaca yang berbeza di Tanah Haram blh menyebabkan anti body para Jemaah sedikit terganggu dan dikhuatiri mengganggu proses Ibadah mereka.
5) Berperanan dalam menyediakan Makanan,Kenderaan,Penginapan,Kelengkapan, dan khidmat kaunseling kpd para Jemaah di Tanah Haram.
Para Jemaah akan meletakkan harapan kpd MUTAWWIF untuk memimpin mereka k tempat penginapan,menyediakan mereka juadah setiap hari serta akan menyediakn kenderaan utk mengangkut mrk ke tmpat tujuan mereka.Khidmat nasihat yang perlu diberiperhatian terutama dlm kes para Jemaah muslimat dlm maslah 'wanita' mereka dan juga memberi teguran atas kesilapan para Jemaah juga memberi semangat dn galakkan kpd mereka untuk mereka senantiasa bersemangat dan berusaha meraih Haji yg Mabrur.
6) Penunjuk arah dan Guru Sejarah.
MUTAWWIF/FAH bertanggungjwb utk memimpin para Jemaah k tempat yang hendak dituju.Malah,mereka perlu mendedahkan kpd para Jemaah akan sejarah Nabi dan sejarah para sahabat sezaman nabi disetiap tmpat bersejarah agar,para Jemaah dpt menjiwai rasa Hamba dan mengambil pengajaran dr setiapnya.

Tugas mereka hanya akan selesai apabila para Jemaah selamat pulang k Tanah air mereka.Pasti sahabat2 semua dpt menggambarkan berapa hebatnya mereka ini kn?..ya betul itu.Sebab ada pepatah yg pernah disebut,akan tetapi,Awwahah x ingat siapa yg menyebutnya.Kata2 itu
"bukan semua Ustaz/Ustazah mampu jadi MUTAWWIF/FAH,tetapi,para MUTAWWIF/FAH pasti mampu menjadi Ustaz/Ustazah"..Hmm..Awwahah sgt setuju.Untuk menjadi seorang MUTAWWIF/FAH,kita perlu memastikan diri kita bersedia emosi,jasmani.Kerana pastinya menjadi MUTAWWIF/FAH adalah suatu tanggungjwb/amanah yang amat berat.

Namun,tiada yang mustahil.Sedangkan Ustaz Lukman sendiri mengaku yg asalnya,beliau seorang yg tiada apa2.Namun,pengalaman pertama membawa Jemaah Haji,membuatkan beliau menjadi ada apa-apa sekarang.

Maka,jgn sesekali kita memandang rendah akan tugas MUTAWWIF/FAH.Mereka antara org yang layak kita tujukan penghargaan dan ucapan terima kasih.

Ok,tadi ada Awwahah utarakan untuk menerangkan hubungkait para MUTAWWIF/FAH dgn kita kn?..baiklah,para MUTAWWIF/FAH ini,seperti yang Awwahah jelaskan td,mrk ada lah org yg memainkn peranan yg sgt penting buat para Jemaah.Oleh itu,Mereka akan menjalinkn satu hubungan erat dgn para Jemaah.So,kpd kita-kita yang bakal menjadi Jemaah Haji/Umrah..wajib dn perlunya kita mengenali siapa MUTAWWIF/FAH ini dan memahami peranan mereka.Kerana sesungguhnya,sebagai bakal para Jemaah,kita perlulah fhm,sekiranya kita memudahkn tugas2 pemudah cara(MUTAWWIF/FAH) ini,maka Allah akan memudahkn urusan2 kita.Jadi,suka citanya Awwahah memuji setiap sahabat2 pembaca yang hadirnya rasa kesedaran dlm diri setelah membaca entry ini.Kerana,dgn rasa itu..pasti tertanamnya perasaan utk lebih mengenali org2 disekeliling yang telah byk berjasa kpd kita.Maka,suburkanlah perasaan itu.Kerana ia akan memberi seribu 1 makna yang mendalam dalam jiwa kita...^^,

Baiklah,sebelum itu,..Awwahah nk mengucapkan beribu2 terima kasih kpd semua Moderator2 yang telah mendedahkan pengetahuan ttg MUTAWWIF ini kpd Awwahah dan sahabat2.Syukran Jazilan..

En Zaliridzal Zakaria

Cik Suria Hani Abd Rahman
Dr Mohd Rushdan Jailani
Dr Hairulhisyam

Selasa, 2 Ogos 2011

PENGERTIAN SEORANG SAHABAT

Untuk mentafsirkn pengertian sahabat bukan bidangku..tetapi,aq juga butuh penjelasan.Mengapa perlunya kita kepada seseorg yang bernama SAHABAT.

Terluka kerananya dn melukakannya menjadi lumrah dlm ikatan persahabatan..kerana pertalian persahabatan itu tidak pernah akan putus.Malah,menongkah suka duka persahabatan,mendidik kita untuk saling mengenali dn terus mengenali.

Sahabat,
sedlm mana luka itu,aq tetap memaafkanmu.Kerana aq tahu,aq juga tidak sempurna untuk menyempurnakan hidupmu.

Sahabat,
hampirilah aq,jika saat itu,kau perlukan aq.Kerana aq sedia disini untuk menemani mu,mendengar resahmu,menangisi lukamu.

Sahabat,
lapangkanlah hatimu dlm menerima aq.Kerana itu akan menjadi penawar segala luka yg bakal aq guriskn dihatimu.

Sahabat,
maafkan aq kerana tidak mampu memenuhi segala isi ruang hatimu yang amat membutuhkn aq.

Sahabat,
seikhlas hatiku menerima mu dlm hidupku.kerana hidupku tak lengkap tanpa mu disisi.

Sahabat,
tangisan rindu ini semakin menemani hati kerana kerinduanku pd senyum dan tawamu saat kau b'bahagia.




Kerana itu,aq pohon drmu wahai sahabat..maafkanlah aq,pimpinlah tanganku menusuri denai ini.Sama2lah kita menongkah suka duka ini.Kerana,bagiku ukhuwah ini hanya utk Allah dan selamanya untuk Allah..Marilah kita sama2 mendaki gunung cobaan ini untuk menegakkan agama yang satu(ISLAM).

Nukilan khas buat sahabat-sahabatku yang jauh dimata dan dekat dihati..^_^..SeLaMAt BerPuAsA.


Isnin, 1 Ogos 2011

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Seawalnya,Awwahah nak mengucapkan selamat berpuasa kpd seluruh umat Islam dimuka bumi ini.Hari ini,mengikut tarikh,telah masok 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1433.Bermaksud,telah bermulanya ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di dunia.

Maka,hari ini juga telah terlaksananya beberapa  keistimewaan bulan Ramadhan.Hmm,..apakah keistimewaan itu?..ok.entry kali ini,Awwahah akan menyenaraikan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan untuk kita sama2 merasai nikmatnya berada di bulan ini.

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN :

1) Kewajipan berpuasa.
  Kenapa dinamakan istimewa?padahal..bulan-bulan lain pun boleh juga berpuasa.Ya, benar..tetapi keistimewaan berpuasa pd bulan ini adalah kerana Allah berfirman bahwa 
يا أيها الذين ءامنوا كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون (Al-Baqarah:183) 
bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman,kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.

Disokong juga dengan hadith nabi 'alaihi Salam bahawasanya puasa adalah hak Allah.
Daripada Abu Hurairah ra.bahawasanya Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam bersabda: "Allah berfirman; Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa.Ia untuk Ku dan Aku yang memberi ganjarannya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2) Dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka.
Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam.
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga serta ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3) Syaitan dibelenggu
Dalam bulan ini juga,syaitan diikat dn dirantai agar kita dpt melakukan amalan tanpa gangguannya dn jauh dr melakukan laranganNya.Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam.
Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan,semua syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan pintu-pintu neraka ditutup.Semua pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satupun yang dibuka.Manakala semua pintu syurga dibuka dan tiada satupun yang ditutup.
(Riwayat al-Tirmizi,Ibn Khuzaimah dan Ibn Majah)

4) Umrah menyamai Haji
Umrah yang ditunaikan pada bulan Ramadhan darjatnya menyamai ibadah Haji ditunaikan bersama Nabi.Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam.
Umrah pada bulan Ramadhan kelebihannya menyamai mengerjakan haji bersamaku
(Riwayat al-Bukhari)

5) Dosa-dosa terhapus.
Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam.
Solat lima waktu,solat dari jumaat ke Jumaat serta Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa diantara dua tempoh apabila meninggalkan dosa besar.
(Riwayat Muslim)

6) Malam Lailatul Qadar.
Inilah kemuncak keistimewaan bulan Ramadhan.Yang mana,umat Islam akan beriktikaf dimasjid(bg lelaki) selama 10 mlm terakhir untuk memperoleh malam ini.Firman Allah.
إنا أنزلناه في ليلة القدر(1) وما أدرك ما ليلة القدر(2)ليلة القدر خير من ألف شهر (3)تنزل الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر(4) سلام هى مطلع الفجر (Al-Qadar:1-5)
bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan(al-Quran Karim) ini pada mlm Lailatul Qadar.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala perkara(yang ditakdirkan berlakunya pd tahun berikut).Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

7) Solat sunat Tarawih
Hanya pada bulan Ramadhan sahaja,kita dapat menunaikan ibadah sunat ini.Ini kerana,Solat sunat Tarawih adalah keistimewaan bulan Ramadhan yang tiada pada bulan-bulan lain.Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam.
Barang siapa yang mendirikan solat(solat sunat tarawih)pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan,maka Allah akan ampunkan segala dosanya yang telah lalu.
(Riwayat Muslim)

Berikut,senarai2 keistimewaan bulan Ramadhan.Oleh itu,marilah kita sama2 menggenggam sekemas2nya niat kita untuk memperoleh setiap keistimewaan ini dengan harapan,agar mendapat Ramadhan yang sangat bernilai.ok.Selamat beramal dn selamat berpuasa.