Isnin, 1 Ogos 2011

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Seawalnya,Awwahah nak mengucapkan selamat berpuasa kpd seluruh umat Islam dimuka bumi ini.Hari ini,mengikut tarikh,telah masok 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1433.Bermaksud,telah bermulanya ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di dunia.

Maka,hari ini juga telah terlaksananya beberapa  keistimewaan bulan Ramadhan.Hmm,..apakah keistimewaan itu?..ok.entry kali ini,Awwahah akan menyenaraikan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan untuk kita sama2 merasai nikmatnya berada di bulan ini.

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN :

1) Kewajipan berpuasa.
  Kenapa dinamakan istimewa?padahal..bulan-bulan lain pun boleh juga berpuasa.Ya, benar..tetapi keistimewaan berpuasa pd bulan ini adalah kerana Allah berfirman bahwa 
يا أيها الذين ءامنوا كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون (Al-Baqarah:183) 
bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman,kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.

Disokong juga dengan hadith nabi 'alaihi Salam bahawasanya puasa adalah hak Allah.
Daripada Abu Hurairah ra.bahawasanya Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam bersabda: "Allah berfirman; Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa.Ia untuk Ku dan Aku yang memberi ganjarannya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2) Dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka.
Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam.
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga serta ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3) Syaitan dibelenggu
Dalam bulan ini juga,syaitan diikat dn dirantai agar kita dpt melakukan amalan tanpa gangguannya dn jauh dr melakukan laranganNya.Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam.
Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan,semua syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan pintu-pintu neraka ditutup.Semua pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satupun yang dibuka.Manakala semua pintu syurga dibuka dan tiada satupun yang ditutup.
(Riwayat al-Tirmizi,Ibn Khuzaimah dan Ibn Majah)

4) Umrah menyamai Haji
Umrah yang ditunaikan pada bulan Ramadhan darjatnya menyamai ibadah Haji ditunaikan bersama Nabi.Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam.
Umrah pada bulan Ramadhan kelebihannya menyamai mengerjakan haji bersamaku
(Riwayat al-Bukhari)

5) Dosa-dosa terhapus.
Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam.
Solat lima waktu,solat dari jumaat ke Jumaat serta Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa diantara dua tempoh apabila meninggalkan dosa besar.
(Riwayat Muslim)

6) Malam Lailatul Qadar.
Inilah kemuncak keistimewaan bulan Ramadhan.Yang mana,umat Islam akan beriktikaf dimasjid(bg lelaki) selama 10 mlm terakhir untuk memperoleh malam ini.Firman Allah.
إنا أنزلناه في ليلة القدر(1) وما أدرك ما ليلة القدر(2)ليلة القدر خير من ألف شهر (3)تنزل الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر(4) سلام هى مطلع الفجر (Al-Qadar:1-5)
bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan(al-Quran Karim) ini pada mlm Lailatul Qadar.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala perkara(yang ditakdirkan berlakunya pd tahun berikut).Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

7) Solat sunat Tarawih
Hanya pada bulan Ramadhan sahaja,kita dapat menunaikan ibadah sunat ini.Ini kerana,Solat sunat Tarawih adalah keistimewaan bulan Ramadhan yang tiada pada bulan-bulan lain.Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasalam.
Barang siapa yang mendirikan solat(solat sunat tarawih)pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan,maka Allah akan ampunkan segala dosanya yang telah lalu.
(Riwayat Muslim)

Berikut,senarai2 keistimewaan bulan Ramadhan.Oleh itu,marilah kita sama2 menggenggam sekemas2nya niat kita untuk memperoleh setiap keistimewaan ini dengan harapan,agar mendapat Ramadhan yang sangat bernilai.ok.Selamat beramal dn selamat berpuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat sahabat?