Isnin, 15 Ogos 2011

Alamak...dah masok fasa ke 2..macam mana ea?

"Hari ni jer dah terlepas beberapa amalan.Dah masuk fasa ke 2.Kenapa hati masih tak berubah-ubah?"

"Malunya diri ini...sekejap buat semua rutin amalan,sekejap tertinggal..dah masuk fasa ke 2 ni,aku masih tak istiqamah(tetap) hati melaksanakan amalan.Macam mana ni?



Begitulah antara LUAHAN HATI orang yang sentiasa mahukan hari ini lebih baik dari hari sebelum-sebelumnya.Alhamdulillah..berbahagialah orang-orang sebegini.Kerana sesungguhnya,Allah sedang menjaga mereka.Allah sedang mendidik hati dan fikiran mereka.Allah sedang menguji iman mereka..Oleh itu,jangan pernah berputus asa.Kerana iman itu seperti roda.Sekejap berada diatas(penoh keimanan) dan sekejap berada dibawah(iman berkurang).


Jadi adakah IMAN Bertambah atau Berkurang?



Awwahah teringat akan kata-kata seorang Murrabi(guru) sewaktu di sekolah menengah.
Katanya: "Iman MANUSIA ni,ada naik dan turun.Iman MALAIKAT,tidak naik dan tidak turun.Manakala,iman NABI naik dan tiada turun"

Pesanan ini,Awwahah sampaikan kepada sahabat-sahabat semua supaya kita jangan mudah putus asa.InsyaAllah..





Hubungkait TAQWA dengan IMAN 

Baru-baru ini,Awwahah ada mendengar pengisian ilmu di Radio Ikim.fm yang mana membincangkan tentang TAQWA.Akan tetapi,Awwahah tak dapat kenalpasti tajuk perbincangannya,dan sempat Awwahah merakam soalan dari salah seorang pendengar.

Soalan : "Ada seorang sahabat yang pernah BERZINA dan berTAUBAT.Namun,dia masih tak boleh menerima keberadaan suaminya.Cumanya,dia tetap melaksanakan rutin seorang suri rumah.Apakah TAUBATnya di terima?"
Ustaz : Tahniah kepada insan berkenaan,kerana kembali bertaubat kepada Allah.Terima atau tidak itu kerja Allah.Kita sebagai manusia,tidak mampu untuk menentukan sama ada diterima atau tidak taubat kita itu.Akan tetapi,kita boleh melihat penerimaan itu melalui sikap si pesalah.Sekiranya sikap si pesalah itu berubah kepada yang lebih baik,bermakna,taubatnya diterima.Begitulah sebaliknya.Taubat itu,bermakna seseorang itu insaf sebenar-benar insaf dan bertekad untuk tidak mengulang kembali dosanya.Maka,haruslah kita pastikan bagaimana tahap taubat kita.Jangan kita hanya mengungkap kata TAUBAT,tetapi tiada usaha untuk berTAUBAT.Berusahalah untuk peroleh TAUBAT NASUHA(sebenar-benar taubat) untuk diterima Allah,terampun dosa-dosa yang lalu dan peroleh keTAQWAan.

Begitulah langkah yang perlu diambil untuk kita peroleh keTAQWAan.

Seorang Ustaz yang mengajar di masjid berdekatan rumah Awwahah ada menyimpulkan FORMULA untuk peroleh TAQWA.Katanya : "Untuk peroleh KEJAYAAN,perlu mendapat IZIN Allah,Untuk mendapat IZIN Allah,kita perlu TAQWA kepada Allah,untuk perolehi TAQWA,mesti meNINGGALkan LARANGAN Allah dan meLAKSANAkan apa yang diPERINTAH Allah."

Apa itu IMAN? IMAN ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.
Apabila seseorang itu berIMAN kepada Allah,bermakna dia akan membenarkan didalam hatinya dengan mempercayai akan Tauhid Uluhiyyah(keesaan),Tauhid Rububiyyah(kekuasaan) dan Sifat-sifat dan Nama-nama Allah.Dia juga akan mengakui dengan lidah iaitu mengucap 2 kalimah syahadah dan meninggalkan apa yang dilarang dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Ya,apabila kita berIMAN kepada Allah,pasti,kita akan sukarela,bahagia,bersenang hati untuk melakukan FORMULA diatas.

Jawapan kepada Hati yang Tak Istiqamah(tetap)

Maka,perlu kepada setiap orang,Awwahah dan sahabat pembaca sekalian,berusaha untuk menjaga IMAN agar peroleh TAQWA dalam menggapai hati yang Istiqamah(tetap) di jalan Allah.Maka,jangan berputus asa,jangan berduka cita,kerana setiap ujian yang ditimpa kepada kita,menentukan keberadaan IMAN kita dalam roda kehidupan ini.

BerUSAHA untuk peroleh IMAN dan TAQWA

Mari kita recrut hati ini selagi masih berada dalam bulan Ramadhan ini.Jangan terus mengalah dan menyerah.Allah menguji kita diatas kemampuan kita untuk memperlihatkan USAHA kita memperoleh TAQWA kepadaNya.Kerana Allah akan menilai usaha kita itu walaupun sekecil zarah.

So,see the result after Ramadhan.

p/s : Selamat beramal dan semoga istiqamah dijalanNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat sahabat?