Jumaat, 14 Oktober 2011

Marilah perbaiki pandangan kita tentang HUDUD

Maka bermula lah isu HUDUD diketengah dlm setiap perbincangan,tak kira taraf seseorg itu,isu HUDUD pasti tidak ditinggalkan dalam perbualan mereka.

HUDUD hukum Allah
Untuk awalnya,Awwahah suka mengingatkan bahwa,hukum HUDUD itu adalah hukum yang tertulis didalam al-Quran.yang mana stiap hukum di terangkan dalam hadith-hadith nabi Muhammad Salallahu 'alaihi Wasalam.Bagi pelajar FIQH,hukum HUDUD ini juga dikenali sebagai hukum SYARAK.
Hukum HUDUD yang disusun sendiri oleh Allah,bukan hanya melingkup dalam kalangan orang Islam sahaja,malah hukum ini untuk semua manusia tanpa mengenal agama dan kefahaman.

Kejahilan menjadi pintu kegelapan
Sekiranya perbincangan tentangg HUDUD itu untuk memartabatknnya,maka Awwahah suka sekiranya kita duduk berdiskusi agar hukum ini dilaksanakan..

Namun,sekiranya hanya utk menemplak dan menghina hukum HUDUD,maka beringatlah...

Kejahilan seseorg itu lebih terserlah daripada tutur katanya..

Boleh jaminkah,merendahkan hukum Allah itu adalah selayaknya wahai org yang menentang??

HUDUD bukanlah sesuatu hukuman yg kejam dan zalim terhadap seorang pesalah itu,akan tetapi,hukum itu lebih kepada keadilan dan ketenteraman masyarakat sekelilingnya..

Saya datangkan contoh dalam kes mencuri:
Siapa kata potong tangan bg sipencuri tidak wajar?..kerana pasti sipencuri akan kembali mencuri setelah dipotong tangannya?saya petik dr komen Dr Masyitah...maaf ye,sangat jelas kedudukan ilmu seseorg itu boleh dinilai dari tutur katanya.

Untuk menghukum juga perlu kepada siasatan,apabila sampai tahap perlu pemotongan,maka perlu dikaji lagi,apakah jenis curiannya,dan banyak lagi kajian..tidak semudahnya HUDUD itu untuk menghukum tanpa pemenuhan syarat yang munasabah.

Sebilangan manusia yg bukan beragama Islam juga turut mengkaji apa itu HUDUD.Malah,mereka menyokongnya.Sehubungan itu,mana letaknya kedudukan seseorang umat Islam itu sekiranya,kita jauh dari pengetahuan tentang HUDUD..maaf ye,saya tak suka orang berdebat sesuatu,dan die tak tahu apa-apa langsung tentang isu yang didebatkan.

Objektif hukum HUDUD adalah untuk:
1-mengajar si pesalah.
2-menjadikan iktibar kepada masyarakat sekeliling dari melakukan kesalahan tersebut.
3-meletakkn ketenteraman dlm diri sipesalah,masyarakat dan negara itu sendiri.

Terima kasih bg yang sudi membaca..setiap patah kata diatas adalah pandangan saya,dan saya akan bertanggujwb untuk setiapnya...

(^_^)

2 ulasan:

  1. terima kasih atas peneranganya!

    semalam khutbah jumaat pun ada membicarakan mengenai hukum hudud ni! ramai orang cakap hukum hudud ni tak sesuai dilaksanakan di Malaysia disebabkan oleh kita dalam pelbagai kaum dan agama.

    Bukan ke rasulullah mengamalkan hukum ni dalam pelbagai puak ke masa pemerintahan baginda dulu?

    BalasPadam
  2. na'am...
    Awalnya,Rasulullah menanam TAUHID(mengesakan Allah)dalam diri para sahabat.Sehingga mereka begitu cinta al-Quran sebagai rujukan mereka.Dalam al-Quran telah menggariskan panduan hidup manusia(xkira agama atau kefhmn)larangan,suruhan dan hukum HUDUD.

    Kerana Rasulullah berjaya membawa hati-hati para sahabat ini,tatkala mereka berdosa,hatta berzina sekali pon,mereka akan dtg berjumpa Rasulullah utk mensucikn dosa mereka.Dan Rasulullah menggunakan hukum HUDUD ini bagi membantu sahabat yg berdosa itu.

    Kesimpulannya,Sewaktu pemerintahan Rasulullah dan para sahabat,tak ada berlaku jenayah yg berleluasa dalam kalangan umat Islam..

    (^_^)Islam itu sangat sempurna,malah ia indah jika kita amalkan dalam hidup ini.

    BalasPadam

Apa pendapat sahabat?