Rabu, 27 April 2011

Warkah ke syurga



        Allah sungguh adil...Dia berikn kita kesihatan supaya kita beribadat kepadaNya.Namun,selalunya kita terleka dengan kesihatan itu.Malah semakin menjauhi Dia...kemudian,Allah beri pula kita peringatan dalam berbagai bentuk ujian seperti kedatangan penyakit,supaya kita kembali mengingatiNya..

 Sesungguhnya terlalu besar cinta Allah kepada kita..sejak kita dilahirkan,Allah datangkn kita dengan kedua ibu bapa supaya kita tidak keseorangan menghadapi liku-liku kehidupan.Allah tahu kemampuan diri setiap hambaNya.Kerana itu,diujiNya mengikut kemampuan kita.Tidak sedikit pun ujian itu untuk menjauhi kita dariNya .Malah,untuk kita semakin dan semakin menghampirinya.


         Andai hari ini,kita cuba bermuhasabah....pasti kita akan melihat betapa besar pembuktian cinta Allah kepada kita,lebih besar dari pembuktian cinta manusia kepada kita.Allah bagi kita banyak kenikmatankerana kasihnya Dia kepada kita walaupun kita banyak melukaknNya,melupaknNya,menjauhiNya,meletakknNya di ranking ke2,3,4,+,+ diantara senarai orang yang kita sayangi..


         Allah tidak pernah berhenti memberi nikmatnya walaupun perlakuan kita sebegitu.Kenikmatan yang tak terhitung nikmatnya seperti;
-udara:untuk kita bernafas
-makanan:untuk kita makan
-minuman:untuk minum,mandi,
-perasaan suka,bahgia,gembira
-dan terlalu banyak sehingga tak mampu menyelesaikan untuk disenaraikn..
 
Ya,kepada manusia sanggup kita buktikn perasaan cinta dan kasih kita,dengan bermacam cara:dengan wang la,hadiah la,buah tangan la,jamuan makan la,sambutan birhtday la,surprise la,dn sebagainya,...dgn Allah?..Siapa yg lebih layak kita buktikn cinta kita?manusia yg tidak pasti hidup matinya,atau Allah yang zat kekal selamanya? manusia yg tak tetap hatinya atau Allah yang selalu menjaga dn memerhatikan kita? manusia yg selalu menyakiti kita atau Allah yang selalu memaafkan kita?Sahabat,Awwahah suka sangat menonton video ini berulang kali..kerana video ini membawa Awwahah hati mengingati Allah.





        Awwahah yakin bahawasanya setiap dari kita ini,Allah kurniakn hati budi yg baik,cuma,Allah meletakkan tanggungjwb pd kita untuk mencorak kehidupan kita.Sama ada kearah kebaikan atau keburukan,sama ada lorekan yang lurus atau bengkok.. InsyaAllah,mari lah kita duduk berfikir sejenak..Allah tidak akan tinggalkan kita dalam kegelapan,krn Allah telah hadirkan kita Al-Quran & As-Sunnah sebagai pemandu hidup kita. Kembalilah kepadaNya,Allah selalu menanti kita utk kembali kpdNya.

 InsyaAllah Awwahah akan hadirkan 1 lagi video yg amat menyentuh sanubari pada post yang akan datang...semoga kehadiran video ini,dapat mengembalikn ketenangan dalam hati kita dan mengukirkan senyuman.Kerana melihat yg baik,akan membawa hati kita untuk menjadi baik..InsyaAllah

p/s:selamat beramal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat sahabat?