Isnin, 5 September 2011

Apabila diLeteri

"Apa kata kau diam jer..nanti ibu kau diamlah tu"Nasihat Husnuzon kepada Su'uzon.

"Nak diam macam ner nyer..sakit hati aku dengar leteran ibu.."Luah Su'uzon.

"Ibu leterkan tu sebab kesalahan yang kau lakukan tadi.Elok lah kau dileteri aka diteguri oleh ibu."

"..."

"Lagi pun,teguran itu perlu untuk memperingati diri.Terkadang kita buat salah,dan tak terasa kesalahannya.Maka,perlu diingatkan dan ditegur.Inikan pula apabila ditegur ibu.Sebagai ibu yang sememangnya memiliki perasaan kasih dan sayang yang tersangat kepada anaknya,pasti teguran itu perlu supaya anaknya tidak tersalah tingkah dan pilihan.Kerana ibu itu sayang dan kasih melihat anaknya  menderita sakit dimasa hadapan.Oleh itu,Ibu yang bijak akan menggunakan skill leterannya untuk menegur dan menasihat anaknya."

"Ya lah..tapi sakit hati aku dengar.."

"Biasalah...yang benar itu memang pahit.Kerana kepahitan itu yang mengajar kita menongkah kehidupan untuk yang kehadapan.Sikit jer tu.Kau diamkan jer bila ibu berleter.Cuba fahamkan setiap kata wasiatnya itu.Pasti terselit harapannya pada kau."

"Nak diam itu yang payah.Terkadang muka ni berkerut bila dengar jer leteran..dah panjang muncungnya."

"Hahaha..kau nih.." Luahan Su'uzon terasa bagaikan selorohan dipetang hari.."Itu lah..aku cakap.Diamkan dulu..kemudian cuba sabar..dan ikhlaskan hati untuk mendengar."

Petikan Hadith:
antara adab yang baik:'berdiam sekiranya tidak mampu berkata baik.'

"Bila dileter,mula lah hati bergelojak untuk membalas menegakkan benang yang basah.Maka,dalam hati itu pasti akan berdebat untuk mengeluarkan kata-kata amarah dengan leteran ibu.Jadi,kan baik sekiranya kita ikut saranan Nabi 'alaihisalam iaitu berdiam.Sekiranya kita diam..maka,akal akam mula berfikir.Saat berfikir itu,cuba muhasabah diri.Pasti kita akan sedar saat itu,bahawa leteran ibu itu benar.Dan perlu dibenarkan."

"Maknanya,bila kita rasa benar leteran ibu,pasti kita ikhlas dan tak akan mencebik muka?"

"Ya..dan kau.."belum sempat dihabiskan kata.

"Astghfirullah...aku banyak buat salah pada ibu.."rintihnya mengenang dosa.
__________________________________________________________________
p/s:
1)JANGAN sesekali meletakkan leteran ibu sebagai radio rosak.Kerana pesanan dan teguran ibu itu datang dari hatinya.Dan ibu terlebih dahulu merasai derita dunia ini.Jadi,apa salahnya kita menuntut pengalaman dari oarang yang telah berpengalaman.Carilah keredhaan ibu supaya kita berjaya dan selamat dunia dan akhirat.

 رضى لله في رضى الوالدين
Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa 

2)Ingatlah kepada sahabat kita yang tiada ibu.Tiada tempat bermanja,berkongsi kisah duka,berkongsi bahagia.Mereka sangat dahagakan leteran ibu.

Adakah kita nak tunggu sampai leteran itu menjadi kenangan?Maka,berbahagialah dengan leteran itu.


Bahwa leteran itu,adalah azimat kehidupan dan tips kejayaan.

2 ulasan:

  1. hargai leteran n panggilan ibu ayah sblum ianya mnjadi kenangan...nice entry..keep it up:)

    BalasPadam
  2. syukran...benda yg sering tetapi menjadi asing..(^_^)

    BalasPadam

Apa pendapat sahabat?