Khamis, 15 September 2011

♥ TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS ♥


Semenjak dua menjak ini,ramai juga sahabat Awwahah yang telah mengikat diri mereka dengan ikatan halal antara lelaki dan perempuan iaitu PERKAHWINAN...termasok baru-baru ini,Awwahah juga telah menghadiri walimah lecture Awwahah...




Barakallahu lakum wa baraka 'alaikum wa jama'a bainakum bilkhoir..(^_^)

Baiklah..sukacitanya,Awwahah nak menghadiahkan sedikit pesanan dan peringatan daripada Ustaz Masyhur(terkenal) kita buat sahabat Awwahah ini..JUGA!!sahabat Awwahah yang masih single lagi..semoga kita mengambil ilmu ini sebagai persediaan awal.InsyaAllah lakukan yang baik akan peroleh effect yang baik.
♥ TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS ♥

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.



10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸. ALLAH..
Bila mata bertemu mata,bermulalah cinta pandang pertama..
Bila hati bertemu hati,mula lah cinta bersemi..
TAPI,..bila dahi bertemu sejadah..itulah CINTA ABADI..
Orang yang mencintai Pencipta,pasti akan mendapat cinta orang yang mencintai Penciptanya juga.

2 ulasan:

  1. sila-sila...Awwahah pun nak follow juga..persediaan awallah katakan..(^_^)

    BalasPadam

Apa pendapat sahabat?