Rabu, 24 Ogos 2011

Purdah untuk TIDAK diPandang atau untuk diPANDANG

Baru sebentar tadi,ibu Awwahah melepaskan keluhannya tatkala teringat akan sebahagian muslimah yang berani menggunakan tona warna terang atau berbeza antara warna purdah dan tudungnya.
Gambar Hiasan Semata-mata

Ya,saya hanya berdiam kerana tiada kata untuk menyokong atau menidakkan kenyataan itu.Sebenarnya,masalah ini menjadi perbincangan yang patut dan perlu kepada saudara muslimah Awwahah sekalian.Nampak agak remeh kan.Namun,disebalik keremehan itulah yang perlu kita titikberatkan.

Saidatina Aisyah RA berpesan:
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak dipandang dan tidak memandang"

Srikandi Islam yang cantik rupawan ini,malah baik ilmunya dan menjadi ikon kaum Hawa dulu kini dan selamanya sendiri berpesan akan azimat ini. Pesanan ini untuk menegaskan bahawa,"SEBAIK-BAIK"bermaksud  penekanan kepada wanita-wanita yang berusaha menjadi baik,haruslah dan mestilah orang yang berusaha untuk tidak dipandang dan tidak memandang.

Tidak dipandang adalah membawa maksud,tidak menjadi perhatian kaum ajnabi(lelaki tiada pertalian darah) secara syahwat ataupun tanpa nafsu syahwat.

Tidak memandang pula membawa maksud,menundukkan pandangan daripada melihat ajnabi(lelaki tiada pertalian darah) dan perkara yang berupa maksiat.

Ok,kembali kepada maslahat(masalah) purdah untuk diPANDANG atau untuk TIDAK diPandang.

Masalah yang menjadi keluhan ibu Awwahah dan seluruh muslimat yang sedar ialah,sebahagian sahabat muslimah yang berani menampilkan diri dengan tona warna yang menjadi daya penarik orang sekeliling untuk diPANDANG.

Tidak Awwahah menghalang pemakaian purdah.Malah,Awwahah menggalakkan untuk istiqamah(tetap hati) dalam pemakaiannya bagi sahabat muslimah yang memang memakainya.InsyaAllah

Akan tetapi,Awwahah suka untuk menegur kepada pemakai yang menonjolkan tona warna purdah yang berbeza dengan tudung sipemakai.Kerana,pemakaian purdah ini,dasarnya adalah untuk tidak diPandang akan kejelitaan wajah yang mampu menaikkan syahwat ajnabi(lelaki tiada pertalian darah).Atau lebih mudah adalah supaya tidak menjadi perhatian awam.Namun,sekiranya pemakaian purdah itu sendiri menjadi perhatian,maka tujuan asalnya telah terpesong sama sekali.Malah,akan menimbulkan fitnah kepada sipemakai itu sendiri.

Oleh yang demikian,sebagai wanita yang berusaha untuk menjadi"SEBAIK-BAIK"wanita seperti yang dipesan oleh Saidatina Aisyah,maka perlu dan wajiblah kepada kita untuk berusaha agar tidak dipandang dan juga tidak memandang kepada yang maksiat itu.Supaya kita,terselamat dari fitnah-fitnah dunia dan mengharumkan nama baik muslimah itu sendiri.

"Wanita itu adalah perhiasan dunia.Dan SEBAIK-BAIK perhiasan adalah yang solehah"


Tak Nak Tona Warna Macam nih..Cari yang Hijau Juga tau!
Solehah itu bermaksud baik.Iaitu SEBAIK-BAIK wanita.Dan untuk menjadi yang "SEBAIK-BAIK" wanita ini,perlunya kepada usaha untuk TIDAK diPandang dan TIDAK MEMandang.

p/s:selamat bermuhasabah dan bermujahadah

12 ulasan:

  1. teringin nak pakai shawl sekali dengan furdah.. :)

    BalasPadam
  2. sory for ur statement ~

    knpa tk leh pakai purdah berbeza warne an tudung ~~

    agk kurang jelas dsitu ... menarik perhatian kerana warne berbeza ???

    mohon penjelasan~~

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas soalan.

    saya datangkn contoh:
    seorg muslimah,yang mana penampilan dirinya yang sudah pasti memakai purdah.Sekiranya dia keluar untuk ke khalayak ramai atas urusan,dan mengenakan pemakaian purdah yang berbeza tona warna dengan tudungnya(tak matching warnanya).Tudung warna kuning/krim dan purdahnya berwarna hitam.Sangat boleh dilihat akan perbezaan warna itu.Sudah pasti menjadi sesuatu yang akan mendapat perhatian.

    Bayangkan kita sedang berjln dan terlihat akan penampilan begitu pasti menjadi daya penarik untuk kita persoal akan penampilannya dan berbicara ttg kenapa sebegitu menarik tona pakaian yang dikenakannya.Itu sudah menjadi bualan.Dari perbualan itu,akan timbul fitnah,umpatan dan seumpamanya.

    Ini baru pandangan kita sebagai muslimah juga.Bayangkan sekiranya lelaki ajnabi yang melihatnya.Tidakkah menjadi sesuatu yang telah diPANDANG?..

    Allahu A'lam..:)

    BalasPadam
  4. Kak Saidah...(^^,)

    Silakan..up to trend lah katakan.Asalkan tidak mencacatkan tuntuan syariat keatas penutupan aurat hijab itu sendiri..

    BalasPadam
  5. ok..let's we discuss about this...

    spt y awwaha mention b4,y pkai purdah wrne lain n bju wrne lain tampak menonjol..

    ape pule pndgn awwahah jike kite2 y pkai tdung wrne lain n bju wrne lain?adkh ia juge dikategorikan 'menonjol'? :)

    BalasPadam
  6. Apa maksud hafizah pakai tudung dan baju berlainan warna?

    BalasPadam
  7. maksud saya,kebiasaanya ramai y pakai baju warna lain n warna tudung warna y lain...contoh macam gambar cartoon 'ahlan wasahlan' kat sebelah kiri saya ni..'tudung kuning n baju hitam' tu di kira menonjol juga ke?saya nak minta pandangan awaha,apa pandangan awaha pd soalan saya timbulkan ni?

    BalasPadam
  8. Hukum Islam sesuai untuk semua lapisan umur dan generasi.

    "Wanita yang baik itu tidak memandang dan tidak dipandang"

    Jelas sekali..sekiranya bagi hafizah warna tudung dan baju contra dn menarik perhatian(pink,kuning,merah dn seumpamanya)..maka,ia sama sekali tidak digalakkan utk dipakai.

    sekiranya,dipandangan mata kita,kartoon ni nmpak menarik perhatian,maka..tukarkan bajunya...hihihi.kerana mata lelaki itu,berganda pandangan nafsunya.Dari warna yg menarik pon boleh mendatangkan syahwatnya.

    Jadi,sama2 kita saling menjaga.Kita(perempuan) menjaga diri kita supaya tidak dilihat dn lelaki menjaga diri mereka supaya tidak melihat.

    menjawab tak?

    BalasPadam
  9. doakan saya dapat kekuatan tuk memakai purdah..insyaAllah..berusaha ke arah ye..cma belom ad kekuatan..

    BalasPadam
  10. InsyaAllah...semoga Allah memberkati dan mengiringi semangat dan impian yati...^^,

    AMIN..

    Jangan lupa cari kekuatan itu di solat mlm dan Al-Quran..InsyaAllah Ia penyuluh jalan yang gelap.

    BalasPadam
  11. saya ada niat nak pakai purdah tapi saya masih lagi student dan purdah tidak dibenarkan pemakaiannya di kampus..kalau kerja nanti pun saya tak rasa saya boleh pakai purdah..keluarga saya pon bese2 je dan mereka akan rase pelik bile saye pki purdah..mohon pendapat..

    BalasPadam

Apa pendapat sahabat?